Bersyukur biasanya, kita akan kaitkannya dengan hal-hal yg positif, menyenangkan atau menggembirakan. Itulah ajaran umum yg sering kita dengar sejak kanak-kanak, kita amalkan dan kita ajarkan kembali. Bersyukur kerana mendapat makanan, bersyukur kerana bisa berjalan, besyukur kerana bisa bernafas, bersyukur kerana mendapat baju baru, bersyukur kerana mempunyai teman yang baik, bersyukur kerana mendapat keputusan yang baik.
Ketika menganjak usia dewasa pula, pola bersyukur pun tidak berubah. Bersyukur kerana naik pangkat, bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia, bersyukur kerana mempunyai rumah yang tersergam indah dan kereta yang bagus. Bersyukur kerana dapat makan makanan yang enak atas hasil usaha keras.
Bersyukur seperti di atas adalah ber-syukur dalam pengertian biasa. Yang tidak biasa adalah bersyukur untuk semua hal, juga untuk hal yang nampak negatif atau tidak menyenangkan. Bersyukur ketika menemui kegagalan, kerana makanan yang tidak enak, kerana harus bekerja, kerana harus study. Bersyukur kerana harapan yang tidak ter-wujud, bersyukur kerana diperlekehkan, kerana dikhianati dan sebagainya. Sentiasalah bersyukur.. Bersyukur kerana hal yang suda terjadi itu biasa, tetapi bersyukur kerana hal yang belum terjadi itu luar biasa.
"Dan Dialah yang menciptakan bagi kalian pendengaran untuk sesuatu yang didengar, penglihatan untuk sesuatu yang dilihat, dan hati untuk mengerti sesuatu dan bersama itu kalian akan bersyukur dengan kenikmatan ini, tetapi amat sedikitlah atas kalian yang bersyukur" - Al-Mukminun: 78
No comments:
Post a Comment