Friday, October 30, 2009

Allah swt itu Jauhh...?

Kenapa manusia sering buat maksiat?

Dia tahu maksiat itu salah, tapi kenapa dia lengah-lengah dalam taubatnya?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Lambat hendak dicapai.

Kenapa manusia, jarang berdoa dan menggantuntgkan harapannya kepada Allah?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Dia tidak nampak Allah, membuatkan dia rasa kurang yakin dengannya. Seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.



Kenapa manusia, tidak mampu hendak mengaitkan seluruh kehidupannya dengan Allah?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Jadi pada dia, tiada makna mengaitkan urusan hidup dengan sesuatu yang jauh. Yang entah gembira atau tidak dengan kejayaan kita. Yang entah sedih atau tidak dengan kebencanaan yang menimpa kita. Yang entah hendak memberi ganjaran atau tidak dengan kebaikan kita.

Kerana kita rasa Allah SWT itu jauh, maka bila kita gundah atau resah, maka kita berlama-lamaan di dalam perasaan yang menyempitkan itu.

Namun, apakah Allah SWT itu jauh?


Ini masalah hubungan manusia dengan Allah SWT. Kita di pihak yang mengharap, dan pemberinya adalah Allah.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)
“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)



Tidakkah kita merasakan bahawasanya, kita ini terlalu miskin? Orang yang miskin adalah orang yang meminta untuk dipenuhi keperluannya. Sedarkah kita bahawasanya, kita ini adalah papa? Kita tiada tempat untuk meminta selain daripada Allah swt Yang Maha Kaya dan Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan...Al-Ghaniy dan Al-Mughniy.

“Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik wakil(pengurus)” Surah Ali-Imran ayat 173.

Sesungguhnya, hanya mereka yang mendambakan keredaan Allah swt sahaja yang akan merasa ketenangan dan kemanisan iman yang abadi...

~subhanAllah~

Tuesday, October 20, 2009

aku yg pergi dulu

Sedih. Aku tidak tahu mengapa. Tetapi suasana kelam itu mengundang rasa sedih di dalam hatiku. Kulihat Ariff menangis teresak-esak. Fawwaz dan Munsyi duduk menunduk wajah yang sugul. Di sekeliling mereka bertiga, kebanyakan rakan-rakanku di Jordan ini turut hadir. Semuanya mempunyai gaya masing-masing. Namun gaya mereka semua bersatu atas satu perkataan. Sedih.

Tiba-tiba aku rasa takut.

Seakan-akan suasana itu meragut jiwaku.

“Semoga ALLAH rahmati arwah” Presiden MPPM Jordan, Abang Dzulkarnain berkata dalam keadaan matanya yang kemerahan.

Arwah?

Ada orang meninggal kah?

Tiba-tiba aku nampak wajah Toriq, sahabat karibku. Wajahnya pucat lesu. Kenapa? Dia kaku sahaja tanpa suara. Matanya terpejam.

Adakah….


****


Aku memandang wajah Toriq. Wajah itu tidak sama seperti wajah yang kelihatan dalam mimpiku. Wajahnya kini hidup, ceria, penuh cahaya. Wajah yang aku tidak pernah rasa sugul bila memandangnya. Namun hari ini, keresahan aku tidak hilang dengan memandang wajah bersih itu. Malah, semakin bertambah gelisah.

“Ni kenapa gaya nak makan orang? Dah tranformasi jadi Godzilla?” Toriq tersenyum-senyum.

“Jalan pandang depan la” Aku memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya. Kami kini sedang berada di hadapan sebuah pasaraya, yang bertentangan dengan pintu gerbang universiti kami. Antara pasaraya dengan pintu gerbang universiti, ada jalan raya yang besar untuk kami lintasi.

Senior-senior sentiasa berpesan agar kami berhati-hati kerana orang arab biasanya memandu dengan laju. Kadangkala, kita tidak dapat menjangka bagaimana mereka memandu. Aku yang pernah naik teksi dan coaster di Jordan ini, memang rasa macam nak tercabut jantung dengan cara pemanduan mereka. Menggerunkan.

“Uih, garangnya. Ni boleh jadi Godzilla sungguh ni” Toriq terus melangkah.

Tiba-tiba mataku menangkap sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan laju.

Pantas wajah pucat Toriq dalam mimpiku menjengah. Kata-kata Abang Dzulkarnain mengetuk kepala.

Arwah…

“Toriq!” Aku terus mencapai lengannya, menarik Toriq ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.

“Kau nak mati ke? Jalan tak pandang kiri kanan?” Aku meninggi suara. Dapat kurasa wajahku tegang. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi…

Toriq angkat kening. “Kau ni kenapa? Siapa tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas jalan raya. Aku baru je nak melangkah nak berdiri tepi jalan raya. Macam tak biasa pulak.”

Aku diam. Tadi, dia bukan nak melintas ke?

“Kau ni, sayang aku terlebih ni” Toriq ketawa kecil.

Muka aku merah. Aku terasa macam aku ini orang bodoh pula.

“Aku risau” Aku menjawab tanpa memandang wajah Toriq. Jalan raya sedang dipenuhi kenderaan yang lalu lalang. Kami masih belum ada peluang untuk melintas.

“Risau? Terharu seh” Toriq memaut bahuku dengan lengannya. Dia masih ketawa.

Aku diam sahaja. Mana aku tak risau? Aku mimpi kau mati!

Tidak lama kemudian, kami mendapat peluang melintas jalan. Toriq melangkah dahulu. Aku pantas bergerak agar langkah kami seiring. Pantas tangan kananku memegang tangan Toriq, memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.

Sampai sahaja di pintu gerbang Univeristi Yarmouk, aku perasan Toriq memandangku. Tapi aku senyap sahaja. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum-senyum memandang kami. Memang, nampak pelik kalau lelaki berpimpin tangan dengan lelaki.

“Kau tak sihat?” Suara Toriq agar kerisauan dengarnya.

Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu gerbang. Geleng kepala.

Aku perlu bagitahu kah mimpi aku?

“Kalau kau ada masalah, bagitahu aku”

Toriq, memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Tapi sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Toriq. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tidak mahu kau pergi!

“Tiada apa-apa”

Toriq tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya. “Kau tengah angau dengan sesiapa ke?” Tangannya mencuit pinggangku.

“Banyak la kau”


****


Orang kata, kalau ada manusia nak dekat mati, biasanya dia akan ada tanda-tandanya. Tapi, selalunya tanda itu tidak akan kita perasan, melainkan selepas dia mati. Contoh yang biasa didengari adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Contoh lain yang biasa aku dengar, arwah akan sering berkata berkenaan mati sebelum kematiannya.

“Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?”

Hampir tersembur air yang sedang kuteguk. Terkejut. Aku membesarkan mata, memandang Toriq.

“Mati-mati jangan sebut lah” Aku menegur.

Toriq tersengih. “Kenapa pulak? Mati tu bila-bila. Apa salahnya ingat mati. Mati selalu ingat kita”

Aku menghela nafas. Betul. Malah, mengingati mati adalah antara pencuci kekaratan di dalam hati.

Rasulullah SAW bersabda: “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi” Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab: “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”

“Tak ada la, hilang keindahan pagi ni” Aku memberikan alasan. Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.

Sekarang Subuh pukul 3.40 pagi. Malam sudah menjadi pendek kerana musim panas. Antara hobi aku dan Toriq masa musim panas ini adalah duduk di atas sutuh dan berehat sambil memerhatikan mentari naik. Kami akan membaca Al-Quran dan kemudiannya bersarapan bersama-sama.

“Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?” Soalan itu, mengundang pusingan pantas dari kepalaku.

Pantas aku meluku kepalanya.

“Aduh, kenapa?” Toriq menggosok-gosok kepalanya. Memandang aku dengan kehairanan.

“Degil ya. Kan aku dah cakap jangan rosakkan mood pagi ni” Aku cuba bergaya selamba.

Toriq mencemikkan muka, kemudian terus menyambung sarapannya.

Suasana senyap sebentar. Aku terus menghabiskan air. Cawan kuletakkan. Toriq tekun dengan makanannya. Aku rasa bersalah pula.

“Kalau kau tak ada…” Perlahan-lahan aku bersuara.

Toriq mengangkat kepala. Mata kami bertentang. Suasana senyap kembali. Kemudian Toriq mengangkat kening, isyarat agar aku meneruskan kata-kata.

“Aku akan rasa amat amat amat sedih” Suaraku perlahan.

Perlahan-lahan senyuman Toriq terukir.

“Kenapa? Lawak ke?”

“Terharu seh”

“Banyak la kau punya terharu”

“Aku saje je nak tengok kau sayang aku tak” Toriq angkat kening dua kali. Kemudian dengan selamba meneruskan sarapan.

“Ceh” Buat aku risau aje. Aku memandang langit kembali. Semakin cerah. Baru pukul 6.00 pagi, sudah seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia.

Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti keadaan sekarang?


****


Hah!

Aku terbangun lagi. Mimpi itu datang lagi. Wajah teman-teman yang sugul, ada yang menangis, ucapan Abang Dzulkarnain dan berakhir dengan wajah Toriq yang terpejam kehilangan seri.

Aku beristighfar berulang kali. MasyaALLAH… Perasaan takut menyerang.

Tubuhku rasa hangat. Kusentuh dahi, terasa basah. Aku berpeluh.

Semakin lama, aku terasa seakan-akan mimpiku akan menjadi kenyataan.

Mimpi yang sama datang dan datang lagi.

Ya ALLAH…

Kulihat jam pada telefon bimbit. 2.45 pagi. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Gosok gigi, dan membasuh muka. Kemudiannya aku mengambil wudhu’. Aku hendak solat tahajjud.

Semalam, Toriq mengadu kepadaku bahawa dia sakit. Dia rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah.

Aku amat risau. Aku telah membawanya berjumpa doktor pada waktu malam, tetapi doktor hanya berkata bahawa itu keadaan biasa apabila perubahan cuaca. Memang biasanya pada musim panas, badan akan terasa lebih lemah dan kadangkala untuk beberapa orang, darah akan keluar dari hidung.

Keterangan doktor tidak membuatkan aku lega. Mungkin aku juga akan menganggap ini biasa, kalau aku tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu hadir, aku rasa teramat risau. Adakah pemergian Toriq memang tidak dapat dielakkan? Adakah mimpi aku itu, benar-benar satu kepastian?

Aku menangis dalam sujudku.

Ya ALLAH, sesungguhnya KAUlah yang menguasai nyawa, maka panjangkanlah nyawa sahabatku itu!


****


“Nama aku Toriq. Yoroshikuu” Dia menghulurkan tangan.

Yoro… shiku? Bahasa Jepun apabila memperkenalkan diri, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

“Pelajar JUST?” Nama universiti untuk pelajar perubatan dan pergigian di Irbid kusebut.

Semua orang disekelilingnya ketawa.

“Aku dah kata dah, kau ni tak ada rupa pelajar Yarmouk” Bahunya ditepuk kawan di sisi.

Dia ketawa juga. “Aku pelajar Yarmouk. Macam kau juga. Kita sama baya la. Cuma aku sampai sini seminggu awal”

Aku tersengih. Pandangan pertama aku, pelajar bernama Toriq ini adalah seorang yang suka lepak-lepak, gaya happy go lucky dan ada aura anak orang kaya.

Sekejap sahaja. Sudah dua tahun berlalu. Tanpa aku sangka, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak, gaya happy go lucky, dan ada aura anak orang kaya itu adalah sebenarnya jauh dari sangkaan aku. Gayanya memang ceria, tetapi Toriq adalah seorang yang serius pada tempatnya. Dia rupanya bukan anak orang kaya. Dia sederhana sahaja seperti aku. Tetapi dari segi pelajaran, Toriq jauh melebihi aku. Dia antara yang tergenius di dalam Universiti Yarmouk. Hatta pensyarah pun menyayangi dia.

Akhlaknya baik dan bersih. Tidak pernah menyakitkan hati orang. Malah Toriq yang mengajak aku untuk mengikuti usrah yang dijalankan oleh Iktilaf Islami, kumpulan persatuan ISLAM orang arab di Universiti Yarmouk.

Toriq Sentiasa berbahasa yang menyenangkan, dan semua orang di kawasan Irbid ini menyukainya. Dan semestinya, Toriq ramai peminat dari kalangan pelajar perempuan.

Dan tanpa aku sangka juga, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak itulah yang menjadi sahabat karib aku sepanjang berada di Jordan ini. Kami tinggal serumah dari tahun pertama dengan tiga orang pelajar JUST, iaitu Ariff, Fawwaz dan Munysi.

Malah, kami adalah pasangan setter dan spiker yang digeruni di Universiti. Aku spiker dan dia sebagai setter. Kami berdua suka juga buat video macam Anas Tahir dan Akbar, tapi kami tak buat video nyanyi macam mereka. Kami buat video tazkirah. Antara projek dakwah aku dan Toriq.

Aku, memang amat sayang dengan Toriq.

Sayang kerana ALLAH. Ukhuwwahfillah. Toriq yang kenalkan aku dengan benda-benda tu. Dia yang kenalkan aku akan hakikat ISLAM, hakikat iman. Sedikit demi sedikit dia mencerahkan kefahaman aku berkenaan makna kehidupan. Hinggalah sampai satu tahap, dia mengajak aku mengikuti usrah untuk pemahaman yang lebih tersusun.

Walaupun aku adalah seorang pelajar sekolah agama sebelum berkenalan dengan Toriq lagi, tetapi selepas dia menunjukkan aku semua itu, baru aku nampak bahawa aku telah silap meletakkan agamaku. Selama ini, aku hanya nampak ISLAM ini sebagai agama sahaja. Aku nampak ISLAM ini pada pelajaran. Aku nampak ISLAM ini untuk aku lulus cemerlang dan mendapat kerja dalam kehidupan.

Tapi rupa-rupanya, ISLAM ini lebih daripada itu. Seluruh kehidupan itu sendiri sebenarnya perlu berada di dalam ISLAM. Hal ini kerana, ISLAM itu syumul, meliputi segala perkara. Semua itu aku fahami, hanya selepas aku mengenali Toriq. Perlahan-lahan, dialah yang memimpin aku.

Sebab itu, aku amat menyayanginya.

“Ni kenapa tengok aku macam aku dah nak mati je ni?” Toriq memandang kepadaku.

Aku tersedar dari lamunan panjang. Perkataan ‘mati’ membuatkan aku sedikit rasa tidak senang.

“Kau sakit, aku tengok-tengokkan la” Aku menjawab selamba.

Toriq tersenyum. “Kut la nak ubatkan”

“Aku bukan doktor lah”

“Da’ie, doktor pada ummah seh”

Kata-kata Toriq mengoyak sengihku. “Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, da’ie tak boleh nak ubatkan. Doktor la kena bagi ubat”

Toriq menggeleng. “Da’ie, perlu beri harapan kepada pesakit macam aku ni, untuk menjalani ujian sakit itu dengan penuh keimanan”

Aku tersenyum. Ada-ada sahaja. Tak mahu kalah juga.

“Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ini baru sakit sikit. Kemungkinan, ALLAH akan uji dengan benda yang lebih besar”

“Apa agaknya benda yang lebih besar tu?”

“Aku kahwin dengan orang yang kau suka”

Terkeluar tawa kami berdua.

“Berani la” Toriq menunjuk penumbuk.

“Joke man, joke”

Toriq mengangguk. Aku tahu, dia faham. Kami bukan sekali dua bergurau. Entah, sudah kali ke berapa ribu kami bercanda. Kadang-kadang, tanpa bersuara pun, aku seakan dapat menjangka perasaannya, dan dia pula seakan dapat menjangka keadaan aku.

“Aku rasa, aku dah hampir sihat dah ni” Toriq memegang dahinya.

“Kau rehat cukup, okaylah kut”

“Darah pun dah tak keluar dah sehari dua ni”

“Esok boleh pergi kuliah”

“Kau mesti sepi pergi kuliah sengsorang”

“Bajet macam aku ni jiwang plak”

“Ha ha…”

Senyap sebentar selepas itu. Tiga hari ini, aku la yang menjaganya. Ahli rumah lain agak sibuk kerana mereka pelajar perubatan. Pelajar agama di Yarmouk memang agak banyak masa lapang.

“Tapi, memang sepi pun tak ada kau”

“Ha… introducing, mamat jiwang Irbid, Rasyid!”

“Banyak la” Aku menolak Toriq. Kami ketawa lagi. Nampaknya, Toriq memang benar-benar sihat.

Aku rasa lega.

Mungkin, mimpi aku itu hanya mainan sahaja.

Mungkin, aku ini terlalu banyak fikir.

“Hei Toriq” Aku memandang Toriq. Mata kami bertemu.

“Em?” Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan.

“Uhibbukafillah, jiddan jiddan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH sangat-sangat.

Toriq senyap sebentar. Kemudian ketawa.

Aku hairan. Kenapa?

“Kau memang dah jadi mamat jiwang seh. Gaya macam nak tinggal aku jauh je”

Aku tersengih. Aku yang takut kau tinggal aku jauh. Aku yang tak mahu kau pergi jauh tinggalkan aku.

Kemudian tawa Toriq mengendur. Dia memandang aku.

“Uhibbukafillah kaman” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.

Aku tersenyum.

Hati lapang.


****


Aku terbangun.

Aku tidak tahu sama ada aku patut tersenyum, atau terus bimbang.

Aku bermimpi mimpi yang sama. Tetapi, mimpiku bertambah. Semuanya sama, hingga ketika wajah pucat Toriq yang terpejam matanya. Namun, kali ini, sebelum berakhir, mata Toriq yang terpejam itu, terbuka, dengan mata yang bergenang.

Adakah ini tandanya, dia tidak akan mati?

Ataupun, adakah ini tandanya, Toriq hanya berada dalam kesedihan?

Aku tidak tahu.

Ya ALLAH, lapangkanlah kehidupan sahabatku Toriq, permudahkan segala urusannya, ampunkan segala dosa-dosanya….

Aku berdoa.

Semoga ALLAH pelihara sahabatku Toriq.

Sekurang-kurangnya, dalam diriku sekarang, ada perasaan bahawa, Toriq tidak akan pergi meninggalkan aku.

Tapi…


****


Kehidupanku seakan kembali seperti biasa. Berjalan ke Universiti Yarmouk bersama sahabat tercinta, Toriq.

Pagi tadi, selepas bersarapan, aku teringat akan ibuku. Aku bersembang lama juga. Sempat berkirim salam kepada semua keluarga. Agak lama juga tidak menghubungi mereka.

“Ni kenapa muka macam orang baru kahwin ni?”

Aku tersengih. Sebab aku senang hati. Aku dapat telefon ibuku pada pagi hari, dan sahabatku kembali sihat. Malah, aku dapat rasa bahawa kerisauanku macam beterbangan hilang. Mungkin selepas aku kembalikan bahawa, hidup dan mati itu susunan ALLAH.

Semalam, sebelum tidur, aku bermuhasabah.

Mungkin, kalau benar mimpi-mimpi aku selama ini benar adalah tanda bahawa Toriq akan ditarik pergi, maka aku pun tidak akan mampu menghalang kehendaknya. Mati itu adalah urusan-Nya. Kita tidak boleh mengelak, jauh sekali hendak melarikan diri. Cuma, tugas kita adalah hidup dengan nyawa yang masih ada, dan cuba menjaga diri sebaik mungkin.

Setiap yang bernyawa akan mati. Tiada keraguan akan hal itu. Maka tidak perlu dipertikaikan. Pokok persoalan sekarang adalah, bagaimana kita menjalani kehidupan.

Dikejutkan mimpi semalam, aku solat tahajjud, solat taubat dan melakukan solat hajat. Aku mendoakan agar aku termasuk dari kalangan yang beriman dan diberi rezeki untuk masuk syurga. Aku berharap agar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat redha ALLAH. Aku juga mendoakan semua ahli keluargaku, dan rakan-rakanku. Semestinya, aku tidak lupa mendoakan sahabatku Toriq.

“Weh, jawab la. Mimpi jumpa bidadari ke?” Toriq menolak bahuku.

Aku menggeleng. Aku mimpi kau hidup. “Mana ada apa-apa”

Aku terus berjalan. Toriq menepuk-nepuk belakang tubuhku. “Takpe…”

“Jangan ambil hati seh” Aku meniru ‘seh’ yang selalu diucapkannya.

“Aku ambil jantung je seh” Toriq membalas canda.

Kami ketawa.

Kami sampai di tepi jalan raya.

“Tak sibuk seh pagi ni”

Aku mengangguk. Walaupun ada kenderaan lalu lalang, tapi tidak sesibuk seperti biasa.

Toriq terus melintas. Aku mengikuti dari belakang.

Poooooooooonnnnn!!!!

Aku menoleh. Sebuah coaster bergerak laju ke arah kami. Mataku membesar. Spontan aku menolak Toriq dengan kuat. Sahabatku itu terkeluar dari jalan raya.

Jarak coaster denganku tidak lebih dari sedepa.

Ketika ini, keadaan sekeliling aku seakan menjadi perlahan. Aku sendiri jadi pelik. Aku sempat memandang Toriq yang hendak membuka mulut untuk mejerit.

Aku sempat pula teringat akan mimpiku.

Tangisan ahli rumah, kesugulan kenalan-kenalan di Jordan, kata-kata Abang Dzulkarnain, kemudian wajah pucat Toriq dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan mata bergenang.

Patutlah…

Aku tersenyum.

“Oh, rupanya bukan Toriq. Tetapi aku…”

Alhamdulillah. ALLAH Maha Besar. Ternyata ilmu berkenaan kematian ini tidak tersampai pada insan untuk menjangkanya.

BAM!

Seluruh alam macam berputar berulang kali.

Dan yang terakhir aku dengar adalah suara jeritan Toriq yang panjang, sebelum segalanya menjadi gelap, dan senyap.

ALLAH… Aku naik saksi bahawa tiada ILAH selainMU, dan Muhammad itu adalah RasulMU.

Toriq…

Aku yang pergi dahulu.

(credit to:ms.langitilahi.com)

Friday, October 16, 2009

buat kerana siapa?

Terasa tertekan tika mengulang kaji,
terasa tertekan tika mendapat keputusan ujian,
terasa tertekan tika dibiarkan/diabaikan,
terasa tertekan tika bergaduh,
terasa tertekan tika diberi sedikit kesusahan.
Segala-galanya dilihat sebagai sumber tekanan dlm hidup.

tetapi pernahkah terfikir bahawasanya segala-galanya ini adalah susunan Allah?
pernahkah terfikir mungkin ini adalah ujian drpd Allah untuk melihatkan kpd kita betapa sayangnya Allah swt kepada kita?
pernahkah terfikir bahawasanya semuanya milik Allah?
pernahkah terfikir bahawasanya semua urusan itu berada di tangan Allah?
maka kepada siapakah harus kita meminta pertolongan?
kerana siapakah kita hidup?
dan kerana siapakah kita beramal?

astaghfirullah...

jika dibuka pintu hatimu,
tidakkah kamu melihat betapa banyaknya anugerah Allah swt itu utk menenangkan kita?
bagaimanakah solatmu?
bagaimanakah puasamu?
bagaimanakah bacaan al-quranmu?
bagaimanakah amalan seharianmu?




.....

diri ini terasa terlalu hina ~ astaghfirullah~

Kami sememangnya Merinduimu~

Bismillahirrahmanirrahim~

Dipetik dari sebuah blog yg ditulis dari ukhti yg disayangi. Semoga bermanfaat.

Masih adakah rasa cinta kita buat Rasulullah s.a.w..? Berapa lama sudah kita melupakan susuk tubuh yang tidak pernah berputus asa menegakkan kalimah Allah, hinggakan kita masih lagi dapat merasai nikmat Iman dan Islam..? Sedarkah wahai sahabat sahabiah sekalian, betapa Rasulullah s.a.w merindui kita semua umat akhir zaman. “Ummati, ummati, ummati..”.. Rasulullah memanggil-manggil kita di saat kewafatannya..umatku, umatku, umatku. Sungguh, betapa cinta baginda kepada kita, sedangkan tidak pernah sekalipun baginda melihat wajah kita. Maka, katakanlah wahai sahabat, “Kami rindu padamu Ya Rasulullah..”. Kami rindu..
Ingin saya kongsikan kisah di bawah ini. Kisah tentang seorang Umar yang sangat merindui Rasulullah s.a.w.. Hebat keperibadianmu ya rasul. Baginda yang mesti kita cintai selepas Allah s.w.t.. Adakah kita sedar betapa zalimnya kita melupakan pemimpin agung ini..? Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad. Hayati dengan hatimu sahabatku..




“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. ” (09:24)
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, setelah Rasulullah s.a.w meninggal dunia, terdengar Umar bin Khattab r.a menangisi baginda s.a.w sambil berkata:
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, dahulu hanya sebatang pokok kurma kau jadikan sandaran berdiri apabila sedang berkhutbah. Kemudian, ketika orang semakin ramai, engkau pun menggunakan mimbar agar mereka dapat mendengar seruanmu. Maka, merintihlah pokok kurma dengan perasaan sangat sedih kerana berpisah denganmu. Lalu kau letakkan tanganmu di atasnya, sehingga ia pun tenang kembali. Jika sebatang pokok kurma pun begitu, apatah lagi umatmu, tentulah lebih layak merinduimu ketika kau berpisah dengan mereka.”
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w., sedemikian besarnya keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia menjadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepadaNya. Sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.” (An Nisaa’;4:80)
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, demikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia memberitahumu tentang kemafaanNya ke atas dirimu, sebelum memberitahumu tentang kesalahan apa yang telah engkau lakukan. Maka Dia pun berfirman:
“Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang)….” (At Taubah;9:43)
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian tinggi darjatmu, di sisi Allah Taala, sehingga meskipun Dia mengutusmu sebagai Nabi terakhir, namun Dia telah menyebutmu dalam peringkat pertama di antara para Nabi dan RasulNya. Maka dia pun berfirman:
“(Teruslah bertakwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya); perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, danNabi Musa, serta Nabi Isa Ibni Maryam…” (Al Ahzaab;33:7)
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga para penghuni neraka sangat teringin seandainya mereka dahulu (ketika masih hidup di dunia) mematuhimu, sementara mereka sedang merasakan azab di dalam neraka.”
“Mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.” (Al Ahzaab;33:66)
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Sulaiman bin Daud a.s telah diberi oleh Allah taala mukjizat berupa angin sebagai kenderaan yang kecepatannya di pagi hari sama dengan perjalanan sebulan dan kecepatan di waktu petang pula sama dengan perjalanan sebulan, namun perkara itu tidaklah lebih ajaib daripada Buraq yang pada peristiwa Israk Mikraj telah engkau naiki di malam hari sampai ke lapisan langit yang ketujuh, lalu engkau pulang (pada malam itu juga) dan mendirikan sembahyang Subuh di al Abthah (halaman Kaabah).Semoga selawat dan salam Allah Taala tetap ke atas dirimu.”
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Isa bin Maryam a.s diberi oleh Allah Subhanahu wa Taala kemampuan untuk menghidupkan orang yang telah mati, maka itu tidaklah lebih menghairankan daripada daging domba yang telah di racuni dan di bakar, terus berbicara kepadamu dan berkata: “Jangan memakanku, sebab aku telah di bubuh racun.”
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, telah berdoa Nuh a.s ke atas kaumnya dengan berkata:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!” (Surah Nuh;71:26)
“Maka seandainya engkau berdoa ke atas kami seperti doa Nuh a.s itu, nescaya kami semua telah binasa. Betapa tulang belakangmu telah diinjak, wajahmu telah di lukai dan gerahanmu telah di patahkan, namun engkau tetap sahaja tidak mahu mengucapkan sesuatu selain yang baik-baik sahaja. Ketika itu engkau telah berdoa:
“Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti dan barangkali belum mendapat hidayah.”
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, engkau telah memperolehi begitu ramai pengikut walaupun usiamu sangat pendek, yang bilangannya jauh melebihi Nabi Nuh a.s. yang sangat panjang usianya. Sangat ramai orang yang beriman kepadamu, sementara yang beriman kepadanya hanyalah sedikit sekali.”
“Demi ayah dan ibuku., wahai Rasulullah s.a.w, seandainya engkau hanya mahu bercampur dengan orang-orang yang sepadan denganmu sahaja, nescaya engkau tidak akan sudi bergaul dengan kami. Seandainya engkau hanya berkenan menikahi wanita-wanita yang sedarjat denganmu, nescaya engkau tidak akan sudi menikahi golongan kami. Seandainya engkau hanya berkenan makan bersama dengan orang-orang yang setaraf denganmu, nescaya engkau tidak sudi makan bersama-sama dengan kami. Namun demi Allah, engkau telah duduk-duduk bersama kami, menikahi wanita-wanita dari keturunan kami dan makan bersama-sama dengan kami. Engkau juga biasa mengenakan pakaian dari bulu biri-biri, menunggang keldai, meletakkan makananmu di atas lantai dan menjilat jari jemarimu selepas makan, yang kesemuanya itu bersumber dari sikap rendah hatimu. Semoga Allah Taala melimpahkan selawat dan salamNya ke atas dirimu.”

“Alangkah baiknya, seandai rindu dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah melebihi rindu kita kepada insani…Maha suci Allah yang telah mencipta Muhammad, insan yang berbudi pekerti mulia…semoga kita memperoleh syafaat dari baginda di akhirat kelak…Amin”

Kami merinduimu...dan kami sememangnya merinduimu, selepas Allah swt...

wallahu 'alam

Saturday, October 3, 2009

Tahukah anda?

Tahukah anda bhw kita hidup di atas bumi Allah, berlantaikan tanah dan beratapkan langit?



Tahukah anda bahawa sistem suria itu dijadikan dengan sungguh indah dan tersusun peraturannya? Matahari dan planet2 yg dicipta berputar di atas orbit2 yang sesuai dan paksi yang sesuai, mempunyai saiz dan berat yg tertentu, daripada barang yang terpilih.

dan Tahukah anda jika terdapat; walaupun sedikit perubahan, sistem ini akan rosak dan pelanggaran planet2 akan berlaku yang akan mengakibatkan kehancuran alam semesta seluruhnya?



"Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang2 dan peraturan neraca keadilan" (ar-rahman:7)

Tahukah anda bahawa galaksi merupakan gugusan bintang2 yang mengeluarkan cahaya?

Dan tahukah anda bahawasanya terdapat bintang yang lebih kecil dari matahari dan 100 juta kali ganda besarnya dari matahari? dan saiz matahari tersebut adalah 130,000 kali ganda besarnya dari bumi?

Tahukah juga anda bahawasanya ia memerlukan masa sebanyak 2000tahun utk mengira semua bintang yang ada di langit (siang & malam tanpa henti)?

"(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bgmn Kami membinanya (dengan rapi) serta kami menghiasinya (dgn bintang2), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?" (Qaaf:6)

Tahukah juga anda bahawasanya terdapat lebih 17,000 bintang yang berpasangan dan berputar di atas paksi masing2?

"Kerana tiap2 satunya beredar terapung2 di tempat edarannya masing2" (Yasin:40)

Dan tahukah juga anda bahawasanya, jika kita ingin mengukur jarak antara satu planet dan planet yang lain, dan jarak antara satu bintang dengan bintang yang lain, ia adalah seperti mengukur jarak antara satu bandar dengan bandar yang lain menggunakan unit millimeter. Maka, para astrologi menggunakan unit jarak cahaya...




Tahukah juga anda bahawasanya jarak setahun cahaya bersamaan 6000 trilion batu? dan dalam sesaat cahaya bisa bergerak sebanyak 186,000 batu? dan jarak antara kita dan matahari adalah seebanyak 93 juta batu? manakala, jarak antara sistem suria kita dan bintang yang terdekat dengan kita (yg dipanggil Centaurus) ialah sejauh 4.25 tahun cahaya (4.25 x 600trillion batu)? manakala jarak antara kita dan bintang yang paling terang; Dog Star (Sirius) ialah sejauh 9 tahun cahaya (9 x 6 trillion batu). dan bintang Capricorn adalah sejauh 465 tahun cahaya (465 x 6 trillion batu)?



"Dan demi ssgghnya! Kami menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) deangn bintang2, dan kami jadikan bintang2 itu punca rejaman terhadap syaitan" (al-mulk: 5)

Apakah semua ini tidak boleh menjadi saksi bgmn org Islam menjadi saksi bahawasanya semua pencipataan ini adalah ciptaan Yang Maha Kuat, Ynag Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Mendalam-Pengetahuannya dan Yang Maha Menjaga?!

Apakah semua itu tidak bisa untuk dijadikan saksi bahawa bukan patung ciptaan berhala yang lemah atau kudrat alam yang buta, yang tidak memiliki keupayaan untuk mengurus dan kehendak?!

Malah semuanya menjadi saksi...Manakala aku pula adalah salah seorang yang menjadi saksi. Kamu pula?????

"Dan mereka (org musyrik) tidak menghormati Allah swt dgn penghormatan yg sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi keseluruhannya - pada Hari Kiamat - dan langit tergulung dalam genggaman kekuasaanNya. Maha Sucilah Dia dan Tertinngi keadaanNya daripada apa yg mereka sekutukan" (Az-Zumar: 67)

Friday, October 2, 2009

bukan mata yg buta

Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?




Sebenarnya, bukan mata itu yg buta. Tetapi yg buta ialah hati yg ada di dalam dada. <>

subhanAllah~

Thursday, October 1, 2009

Grains of...



The sins we ever counted all our lives may look insignificant yet there are more out there uncounted and repented upon. However, each of them were carefully recorded by the angels that Allah has sent to us on our right and left. Have we ever thought about it before?

Let us reflect upon ourselves before all our sins are counted in front of our eyes in the Day of Judgement by Allah subhanahu wa ta'ala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...