hanya sedikit perkongsian. rasa rugi kalau tidak kongsi bersama kamu semua...
hmm, petikan dari Solusi Iso No. 25 (p/s mesti beli!!!! sangat seronok, terutamanya bg mereka yang rasa kelaparan dan kebuluran, kerana kekurangan kasih sayang dan makanan untuk hati ^-^)
hadith kudsi dari riwayat an-nasai dan ibn majah:
Daripada Abu Said al - khudri, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan:
'wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka'
Allah berfirman: 'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka'
Kemudian mereka(orang-orang mukmin) mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Diantara mereka ada yang telah terbakar sehingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami'
Allah berfirman: 'Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar'.
Kemudian Allah berfirman lagi: '(Keluarkan) Siapa yang dalam hatinya terdapat (iman) sebesar setengah dinar?'
Hingga firmanNya: ' Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)'"
subhanAllah... bagusnya orang-orang yang beriman dan bertaqwa ni!. Tidak pentingkan diri sendiri, dan tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan hidup di syurga. Sebab apa? sebab, mereka ini, mengasihi sahabat-sahabtnya kerana Allah swt, bukan kerana Syaitan!... dan juga mereka amat menitikberatkan hablumminAllah dan hablumminnas mereka, yaini,mereka sangat menjaga ikatan / relationship mereka dengan Allah swt, dan juga menjaga ikatan / relationship mereka sesama manusia...
wahhhhh.... subhanAllah...
(ternganga sebentar... ^o^ , dan berfikir sejenak... -_-~ )
dan terus berfikir....
jadi, kiranya, jikalau kita menjaga ukhuwwahfillah (persahabatan/ikatan kerana Allah swt) dengan sahabat-sahabat kita yang seiman dan seaqidah, mungkin satu hari nanti dia bisa menyelamatkan kita dari jilatan api neraka, yang bisa merentungkan tubuh badan kita hingga ke kepala ... innalillah, tidak sanggup untuk menjejakkan kaki ke neraka!...
tapi... namun... hmmm, adakah bisa atau layak kita untuk masuk ke syurga? jom kita sama-sama ketuk hati, tanya iman... dan sama-sama perbaiki amalan kita...
hmmmm...insyAllah boleh =)
k.cha! luv u fillah abadan abada!!!! bila sih bisa ketemu??? rindu!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesubhanAllah, macam mana boleh sampai ke sini? hehe... datangla ipoh... nanti kite jumpe =)
lol..sbb x sempat nk dtg ipoh la i dtg cni..huahuahua...tika is ur anonym followers laa...hahahahahaa!
ReplyDeletesaye suke hadith tu! waaahhh~
ReplyDelete:)