Thursday, May 26, 2011

kerana tidak menjadi yg ke-tiga

Seorang pemuda datang membawa hajat setinggi gunung untuk menyunting anak dara sunti, puteri kepada seorang peladang yang berjaya. Peladang itu merenung pemuda mencari kepastian pada wajah anak muda yang bercita-cita menjadi menantunya itu. Dengan tenang dia berkata:

- Wahai anakku, kamu pergi ke ladang dan berdiri di sebelah kandang. Aku akan melepaskan tiga ekor lembu jantan satu demi satu. Sekiranya kamu dapat menangkap ekor salah seekor lembu-lembu itu, kamu dapat berkahwin dengan anakku.

Pemuda itu pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh peladang dan berdiri menunggu lembu jantan seperti yang diminta.

Peladang membuka pintu kandang, maka keluarlah seekor lembu jantan paling besar dan paling buas yang pernah dilihat dalam hidupnya. Hatinya berkata, lebih baik dia tunggu lembu jantan kedua yang mungkin lebih mudah untuk ditangkap ekornya daripada lembu besar yang ganas ini. Dia berundur beberapa tapak membiarkan lembu itu melintasinya dan berlalu pergi. Kemudian peladang membuka kandang sekali lagi. Pemuda tercengang. Dia nampak sesuatu yang hampir-hampir tidak boleh diterima akal! Di hadapannya seekor lembu jantan yang lebih besar dan lebih ganas daripada yang pertama tadi. Lembu jantan itu melompat-lompat sambil mengeboo dengan suara yang nyaring. Air liur meleleh dari mulutnya sedang matanya tepat merenung ke arah pemuda itu. Sekali lagi pemuda itu berundur. Dia berazam, apapun rupa dan keadaan lembu jantan ke tiga, hatta lebih teruk daripada yang ini dia pasti akan akan menangkap ekornya. Dan lembu jantan itupun berlalu.

Peladang membuka kandang buat kali ke tiga. Pemuda tersenyum ceria apabila terpandang lembu jantan yang kurus, lemah tak bermaya. Sesungguhnya inilah lembu jantan paling sesuai untuk ditangkap ekornya. Pemuda membetulkan keadaan, bersiap sedia untuk menangkap ekor lembu jantan yang sedang memulakan langkahnya untuk keluar dari kandang.
Namun, malang bagi si pemuda. Rupa-rupanya lembu jantan itu kudung, ekornya tidak ada!

Itulah. Kadang-kadang kita gagal bukan kerana tidak ada peluang, tapi kerana tidak merebut peluang. Hal ini pernah terjadi pada seorang sahabat yang bernama Asy’ath bin Qais.

Asy’ath bin Qais datang ke Mekah pada permulaan nubuwwah (Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul) untuk menjalankan perniagaa. Ketika sedang rancak berurusniaga dengan al-‘Abbas bin Abdul Muttalib, waktu itu matahari sudah condong ke barat, dia terpandang seorang lelaki berdiri di suatu tempat. Sebentar kemudian dia nampak seorang kanak-kanak datang dan berdiri di sebelah lelaki itu dan diikuti pula dengan seorang perempuan yang berdiri di belakang mereka berdua. Asy’ath bin Qais bertanya kepada al-‘Abbas:
- Siapa lelaki itu?
- Anak saudaraku, Muhammad.
- Siapa kanak-kanak itu?
- Anak suadaraku juga, Ali.
- Perempuan itu?
- Isteri Muhammad, Khadijah binti Khuwailid.
- Apa yang sedang mereka lakukan?
- Mereka mengerjakan solat. Anak saudaraku itu mendakwa dia seorang Nabi. Suatu hari nanti dia akan menguasai kerajaan Rum dan Parsi. Adakah kamu ingin berbicara dengannya?
- Tak mengapa. Mari kita teruskan urusan jual beli kita.

20 tahun kemudian, Asy’ath bin Qais memeluk Islam ketika Fathu-Makkah. Sambil menangis beliau mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi s.a.w.
Nabi berkata kepada Asy’ath bin Qais, “Tahukah engkau wahai Asy’ath, sesungguhnya Islam menghapuskan semua kejahatan yang lalu?” Asy’ath menjawab, “Aku menangis bukan kerana bimbangkan dosaku yang lalu, tapi aku menyesal kerana aku telah didatangi peluang untuk menjadi orang ketiga mengikutimu dulu, namun aku menolaknya. Aduhai, alangkah bertuahnya kalau aku datang kepadamu dan mendengar!”

Full credit to: ustazah maznah

kerana tidak menjadi yg ke-tiga

Seorang pemuda datang membawa hajat setinggi gunung untuk menyunting anak dara sunti, puteri kepada seorang peladang yang berjaya. Peladang itu merenung pemuda mencari kepastian pada wajah anak muda yang bercita-cita menjadi menantunya itu. Dengan tenang dia berkata:

- Wahai anakku, kamu pergi ke ladang dan berdiri di sebelah kandang. Aku akan melepaskan tiga ekor lembu jantan satu demi satu. Sekiranya kamu dapat menangkap ekor salah seekor lembu-lembu itu, kamu dapat berkahwin dengan anakku.

Pemuda itu pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh peladang dan berdiri menunggu lembu jantan seperti yang diminta.

Peladang membuka pintu kandang, maka keluarlah seekor lembu jantan paling besar dan paling buas yang pernah dilihat dalam hidupnya. Hatinya berkata, lebih baik dia tunggu lembu jantan kedua yang mungkin lebih mudah untuk ditangkap ekornya daripada lembu besar yang ganas ini. Dia berundur beberapa tapak membiarkan lembu itu melintasinya dan berlalu pergi. Kemudian peladang membuka kandang sekali lagi. Pemuda tercengang. Dia nampak sesuatu yang hampir-hampir tidak boleh diterima akal! Di hadapannya seekor lembu jantan yang lebih besar dan lebih ganas daripada yang pertama tadi. Lembu jantan itu melompat-lompat sambil mengeboo dengan suara yang nyaring. Air liur meleleh dari mulutnya sedang matanya tepat merenung ke arah pemuda itu. Sekali lagi pemuda itu berundur. Dia berazam, apapun rupa dan keadaan lembu jantan ke tiga, hatta lebih teruk daripada yang ini dia pasti akan akan menangkap ekornya. Dan lembu jantan itupun berlalu.

Peladang membuka kandang buat kali ke tiga. Pemuda tersenyum ceria apabila terpandang lembu jantan yang kurus, lemah tak bermaya. Sesungguhnya inilah lembu jantan paling sesuai untuk ditangkap ekornya. Pemuda membetulkan keadaan, bersiap sedia untuk menangkap ekor lembu jantan yang sedang memulakan langkahnya untuk keluar dari kandang.
Namun, malang bagi si pemuda. Rupa-rupanya lembu jantan itu kudung, ekornya tidak ada!

Itulah. Kadang-kadang kita gagal bukan kerana tidak ada peluang, tapi kerana tidak merebut peluang. Hal ini pernah terjadi pada seorang sahabat yang bernama Asy’ath bin Qais.

Asy’ath bin Qais datang ke Mekah pada permulaan nubuwwah (Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul) untuk menjalankan perniagaa. Ketika sedang rancak berurusniaga dengan al-‘Abbas bin Abdul Muttalib, waktu itu matahari sudah condong ke barat, dia terpandang seorang lelaki berdiri di suatu tempat. Sebentar kemudian dia nampak seorang kanak-kanak datang dan berdiri di sebelah lelaki itu dan diikuti pula dengan seorang perempuan yang berdiri di belakang mereka berdua. Asy’ath bin Qais bertanya kepada al-‘Abbas:
- Siapa lelaki itu?
- Anak saudaraku, Muhammad.
- Siapa kanak-kanak itu?
- Anak suadaraku juga, Ali.
- Perempuan itu?
- Isteri Muhammad, Khadijah binti Khuwailid.
- Apa yang sedang mereka lakukan?
- Mereka mengerjakan solat. Anak saudaraku itu mendakwa dia seorang Nabi. Suatu hari nanti dia akan menguasai kerajaan Rum dan Parsi. Adakah kamu ingin berbicara dengannya?
- Tak mengapa. Mari kita teruskan urusan jual beli kita.

20 tahun kemudian, Asy’ath bin Qais memeluk Islam ketika Fathu-Makkah. Sambil menangis beliau mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi s.a.w.
Nabi berkata kepada Asy’ath bin Qais, “Tahukah engkau wahai Asy’ath, sesungguhnya Islam menghapuskan semua kejahatan yang lalu?” Asy’ath menjawab, “Aku menangis bukan kerana bimbangkan dosaku yang lalu, tapi aku menyesal kerana aku telah didatangi peluang untuk menjadi orang ketiga mengikutimu dulu, namun aku menolaknya. Aduhai, alangkah bertuahnya kalau aku datang kepadamu dan mendengar!”

ish..dia nih!

Isk minah ni, dh lah bla..bla..
Eh, ko nak tau tak minah ni kan..bla..bla..bla..
Hekeleh minah ni, dh la..bla..bla..bla..
Blagak baik pulak, padahal pernah..bla..bla..



Rasa-rasa macam pernah tak dengar statement-statement di atas? Atau statement tersebut pernah terkeluar dari bibir-bibir kita, atau dari hati-hati kita? Nauzubillah, jom kita sama-sama bertaubat eh.

Nak tau sebab ape?

Sebab, Allah swt telah berkata kepada hamba-hambaNya di dalam surat cintaNya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”(Al-Hujuraat : 12)

Bukan setakat itu sahaja, Rasulullah saw yang kita cintai juga, telah menasihatkan pada umat-umatnya yang dikasihinya:
Barangsiapa mengintai-intai keburukan saudaranya semuslim, maka Allah akan mengintai-intai keburukannya. Barangsiapa diintai keburukannya oleh Allah, maka Allah akan mengungkitnya (membongkarnya) walaupun dia melakukan itu di dalam (tengah-tengah) rumahnya”.(H.R. Ahmad)

haa...Allah swt dah cakap, Rasulullah saw pun dah nasihat.



Kita macam mana pula? susahkan ingin bersangka baik pada orang? kadang kala, baru berjumpa buat pertama kalinya, banyak sungguh idea-idea yg terlitas di fikiran, owh, dia ni mesti macam ini, dia ni mesti macam itu...blah..blah..blah..
astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah...

kalau tanggapan-tanggapan tersebut adalah salam macam mana? kite akan dapat dosa kan?

“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar”.(An- Nur : 5)

Jadi, mari kita sama-sama bersihkan hati kita, walaupun sekarat mana, hati tersebut, selagi Allah swt memberi masa kepada kita, jom kita semua sentiasa beristighfar ketika tanggapan-tanggapan tersebut terhinggap di fikiran dan hati kita.

Perkara ini sangat menyedihkan, terutama sekali apabila menggelar diri kita sebagai daie. Kerana, ini adalah suatu perkara yang asas. Yang asalnya dari keadaan hati, samada bersih atau kotor.

Ada kalanya, kita terasa diri ini adalah lebih baik dari orang lain. Sebab kita pakai tudung panjang lah, atau, sebab kita pergi usrah atau program-program islamik lah, atau sebab kita bawa usrah lah...dan lain-lain. Tapi ingatlah, walaupun niat pada asalnya adalah untuk mendapatkan keredaan Allah swt, dan untuk memasuki syurga, adakah Allah swt akan reda pada orang-orang yang mempunyai perasaan atau sikap takabbur - (rasa diri sendiri lebih hebat/baik dari orang lain)? Nauzubillah. Walaupun perasaan tersebut hanya sebesar zarah.

Pernahkah meletakkan tanggapan tersebut dengan cara yang berbeza, bahawa sesungguhnya, mungkin orang yang kita bertanggapan buruk tersebut adalah lebih baik dan hatinya jauh lebih bersih dari kita.

“Tidak akan masuk syurga orang yang hatinya terdapat rasa takabur walau hanya sebesar biji sawi” (Hadith Nabi) - tak sure riwayat siapa, plis check ya!.

Yang sebenarnya, kita tidak mempunyai masa untuk itu semua, wahai saudara-saudara ku. Tiada masa untuk bertanggapan buruk, tiada masa untuk mencari keburukan orang lain, dan tiada masa untuk mencari aib orang lain. Terlalu banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sempurna, daripada bertanggapan buruk seperti ini kepada orang lain...

Jadi, jom kita sama-sama banyak bermunajat kepada Allah swt, banyak bertaubat, banyak membersihkan hati-hati kita yang mungkin kian berkarat kerana sifat takabbur, ya.. =) kita tidak layak langsung untuk bersangka buruk dengan orang lain. Sekiranya kita tidak ingin orang lain berburuk sangka kepada kita, janganlah bersikap seperti itu terhadap orang lain. InsyAllah, kita sama-sama berusaha untuk membersihkan hati dari virus yang menakutkan ini. Pasti boleh! =)

Namun, sekiranya kita mengetahui akan kesalahan sahabat itu, maka, buatlah seperti yang Rasulullah saw telah ajarkan :
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Nahh...jadi, masihkah kita layak bersangka buruk, sedangkan diri sendiri masih lagi terlalu hina di hadapan Allah swt? Jom kita mulakan bersangka baik pada orang lain! Jom!..Jom! =)

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) antara perbuatan baik (positive approach) dan perbuatan jahat (negative approach). Tolaklah kejahatan (yg ditujukan padamu) dengan cara yg lebih baik maka apabila engkau berbuat demikian, (kamu akan mendapati) orang yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Al-Fussilat: 34)

Wednesday, May 25, 2011

Seperti ukhti ini...

Jadikan daku seperti dirinya Ya Allah! : Tribute to Allahyarhamah Ibunda Yoyoh Yusrah

Saat semangat hampir tiris mengenangkan kelelahan menguruskan keluarga, bergelumang dengan buku-buku dan jurnal akademik, bergulat dengan tugasan di sekolah dan program-program dakwah, teringat kehebatan seorang ukhtie ini..yang tidak pernah surut semangat dan penghayatannya...sayangnya, dia
sudah kembali mengadap Kekasihnya yang abadi...dijemput Allah pulang dalam perjalanan hendak menghadiri konvokesyen anaknya...dibandingkan dengan diriku yang kerdil, aku terlalu kecil Ya Allah...

Anak-anakku cuma 3 orang, sedangkan ukhtie ini melahirkan 13 orang jundullah yang hebat...seorang ibu yang tidak pernah punyai pembantu, seorang isteri yang tabah dan sentiasa optimis dengan kerja dakwah..di medan masyarakat beliau adalah anggota dewan parlimen mewakili parti PKS..pernahkah beliau mengeluh? tak pernah sama sekali...malah ukhtie ini merasakan dirinya terlalu kerdil dibandingkan dengan wanita2 Palestine yang mampu melahirkan dan membesarkan lebih ramai anak2 pewaris perjuangan walaupun dalam keadaan negara sedang bergolak..ukhtie ini hafal sehingga 20 juzuk Quran, tetapi masih terasa diri jauh terkebelakang daripada wanita2 Palestin yang rata-ratanya adalah hafidzah 30 juzuk Quran...

Di saat diri kelelahan melayan keletah anak-anak
yang sedang membesar, diri disapa semangat ketika mengingatkan pesanan ukhtie ini bahawa kita sebenarnya sedang berhadapan dengan pewaris perjuangan dakwah...bersabarlah..bersabarlah...malah, tanggapan optimis ukhtie ini terhadap perkahwinan dalam dakwah membuatkan diri menepis tanggapan negatif yang menyalahkan perkahwinan pada awal usia...katanya,

"Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da'wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da'wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”

“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”

“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualitas.
Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”

UKhtie ini juga sering mengingatkan para wanita supaya menjaga pemakanan kerana katanya,

"Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah hanya sesuatu yang halal dan toyib”

Siapa kata kelelahan menguruskan anak-anak kecil menghalang diri daripada bangun beribadah pada malam hari? Jika anak kecil sering menangis kerana takut ditinggalkan ibu yang bangun bertahajjud? Apa kata ukhtie ini?

“Insya Allah masih bisa ukhti…Yang namanya bayi, ya tugasnya memang nangis. Malah kita khawatir kalau dia tidak bisa menangis tapi anteng terus. Nah,
anti bisa siapkan bayi dulu dengan memmbersihkan dari najis, terus dipasang pampers, lalu menyempatkan diri wudhu sebentar. Saatnya sholat, gelarlah kasur kecil di samping sajadah kita dan taruh bayi di situ. Kalau dia menangis, jangan panik dulu, tetap teruskan sholat. Tapi kalau terlihat tanda-tanda nangisnya tak mau berhenti, gendonglah dia sambil sholat. Insya Allah dalam dekapan si ibu, dia akan tenang kembali. Sekaligus ini memberikan tarbiyah ruhaniyah padanya, sejak kecil sudah merasakan dan menyaksikan ibunya selalu bangun untuk sholat lail di sepertiga malam”. Masya Allah! Luar biasa sekali!

Aku berazam mencontohinya ya Allah..bangun bertahajjud untuk setiap anak-anakku..dan kurniakan dirinya pahala jariah ini...kerana dia menjadi sumber inspirasiku...

Beberapa hari sebelum dijemput pulang menghadap Ilahi, ukhtie ini mengirimkan sms berikut terhadap temannya:

“Ya Rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak di akhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita, Khadijah Al-Qubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah yang dibela Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa) dan qawwahmahnya (rajin sholat malam)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500-an hadits, sedang aku… ehm, 500 juga belum. Atau dengan Ummu Sulaim yang shabirah (penyabar). Atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad. Atau dengan siapa ya Allah? Tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliyah mereka sehingga aku laik bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di Taman Firdaus-Mu”.

Sungguh dia sudah terasa ajalnya hampir tiba...

Mulianya dia ya Allah...ganjari dia dengan segala rahmat antara rahmat atas segala kebajikan yang pernah
disumbangkannya...hari ini kita kehilangan seorang Ukhtie bernama Yoyoh Yusrah...semoga pada masa akan datang, kita mampu lahirkan ribuan akhwat sepertinya sebagai penerus perjuangan dakwah...akan merindui setiap langkah perjalanannya...

Al-Fatihah (Ibunda Yoyoh kembali ke Rahmatullah pada 21 Mei 2011 yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan)

Monday, May 23, 2011

Aku ingin jadi seperti siapa?

“Ya Rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak di akhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita, Khadijah Al-Qubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah yang dibela Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa) dan qawwahmahnya (rajin sholat malam)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500-an hadits, sedang aku… ehm, 500 juga belum. Atau dengan Ummu Sulaim yang shabirah (penyabar). Atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad. Atau dengan siapa ya Allah? Tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliyah mereka sehingga aku laik bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di Taman Firdaus-Mu”. (ukhti yoyoh, 2011)

Sungguh teruja dengan semangat dan fikrah ukhti ini... (untuk mengetahui lebih lanjut ttg beliau, baca post yg seterusnya eh). kadang-kadang ajal dan maut itu, tidak akan datang mengundang dengan karpet merah. Ada sesetengah dari kita yang seorang yg kuat beribadah tetapi di saat malaikat maut datang mengambil nyawa,kita melakukan maksiat dengan hati yg kotor, ada juga sesetengah yg sering melakukan maksiat, tetapi di saat malaikat maut menjemput, dia sujud bertaubat kerana merasa hina akan segala dosa dan maksiat yg dilakukan. Ada juga golongan yang ke tiga di mana disetiap perjalanan hidupnya, dia istiqamah dalam melakukan ibadah, istiqamah dalam melakukan kebaika, dan sentiasa ikhlas dalam setiap amanannya...

Lihat juga pada statement ukhti ini, sebagai seorang wanita, dia melaksanakan sunnah yg diajarkan oleh Rasulullah saw, tetapi, dia juga mengambil contoh teladan dari segi praktikalnya dari para sahabiyyah, seperti, Siti Khadijah, Hafsa Umar, Aisyah Abu Bakar, Ummu Sulaim dan Asma. Apa kelebihan para sahabiyyah ini? Mesti terdapat kisah yang tersirat di sebalik sahabiyyah-sahabiyyah yang dikasihi Allah swt ini. InsyaAllah, jik ada kelapangan yang diberikan oleh Allah swt, akan ana ceritakan ye... =)

Kita pula ingin jadi seperti siapa?

Friday, May 20, 2011

true that! =)

Recently read this post (or other people's facebook note). Kindda amazing. So, I wanted to share it with all of you readers.

There was once when we are sitting together among sisters, and kak mum share about iman and how it is related to covering our aurat. Many thought that, we are covering our aurat because we are a muslim, and that's what Allah swt told us to do. Its our obligation! hehe...at first, I thought of the same thing too..however, in reality, covering our aurat is not just because Allah swt told us to only. But it is actually what we believe in, and those believes are being executed in the forms of action. That's the real meaning of iman. When you believe with you heart, you say it in words and you execute it in a form of action. So, if somebody does not cover their aurat, regardless of man or woman, it means, they are not a mukmin - orang yang tak beriman.

So, the post that I wanted to share are being posted below. heee...enjoy reading! =) and execute it in forms of action in your daily life.



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Tuesday, May 17, 2011

low profile lah~

to be honest, having a low profile is a bliss. (huh? you've got to be kidding me?)




nope. not kidding at all... you see, having 100s people staring at you can be uneasy sometimes, cause it can cause you to sweat like running 1000miles, and heart racing like it would jump out of the chest... but, having said that, we actually need to keep ourself informed that those start of 100s is nothing compare to the stare from Allah swt. That is something that you must really bear in mind every second... it is really important cause it can differentiate whether you are a true muslim, a true mukmin, a true muttaqin or a true kafirunn.

when you are acknowledge that you are Allah's swt slave, do you really deserve to have a high profile? who are you in front of Allah swt? you can be in the highest rank of the best muttaqin, or you could be in the lowest level of the best musyrikin..nauzubillah... look up for tafsir surah al-balad. Allah's warning, is crystal clear...

actually, (let me speak in mix language =) ) Sikap rendah hati bukan akan membuat kita jatuh martabat. Sebaliknya akan membuat kita naik. Tinggi kreadibiliti, tinggi martabat, dan yang penting lagi, tinggi kemampuan dan meningkat kemajuan.

Sayangnya, tidak semua orang mengerti bahawa rendah hati dan low profile itu seiring dengan kemajuan dan good progress. Kerana itu, tidak jarang kita selalu salah memahami logik realiti kehidupan. Bagi yang berpendidikan rendah selalunya boleh difahami jika tidak memahami. Tetapi, agak aneh jika sudah berpendidikan tinggi tetapi masik lagi tidak bisa bersikap rendah hati... - lesson from surah al-hujurat, in Quran the Miracle.

so, which rank of profile are you? let us muhasabah insyAllah, may we become those who are closer to Allah swt and always seek blessing from Him, insyAllah...
Assalamualaikum wrm wbt everyone =)

Saturday, May 14, 2011

when we are thankful...

Bersyukur biasanya, kita akan kaitkannya dengan hal-hal yg positif, menyenangkan atau menggembirakan. Itulah ajaran umum yg sering kita dengar sejak kanak-kanak, kita amalkan dan kita ajarkan kembali. Bersyukur kerana mendapat makanan, bersyukur kerana bisa berjalan, besyukur kerana bisa bernafas, bersyukur kerana mendapat baju baru, bersyukur kerana mempunyai teman yang baik, bersyukur kerana mendapat keputusan yang baik.

Ketika menganjak usia dewasa pula, pola bersyukur pun tidak berubah. Bersyukur kerana naik pangkat, bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia, bersyukur kerana mempunyai rumah yang tersergam indah dan kereta yang bagus. Bersyukur kerana dapat makan makanan yang enak atas hasil usaha keras.



Bersyukur seperti di atas adalah ber-syukur dalam pengertian biasa. Yang tidak biasa adalah bersyukur untuk semua hal, juga untuk hal yang nampak negatif atau tidak menyenangkan. Bersyukur ketika menemui kegagalan, kerana makanan yang tidak enak, kerana harus bekerja, kerana harus study. Bersyukur kerana harapan yang tidak ter-wujud, bersyukur kerana diperlekehkan, kerana dikhianati dan sebagainya. Sentiasalah bersyukur.. Bersyukur kerana hal yang suda terjadi itu biasa, tetapi bersyukur kerana hal yang belum terjadi itu luar biasa.

"Dan Dialah yang menciptakan bagi kalian pendengaran untuk sesuatu yang didengar, penglihatan untuk sesuatu yang dilihat, dan hati untuk mengerti sesuatu dan bersama itu kalian akan bersyukur dengan kenikmatan ini, tetapi amat sedikitlah atas kalian yang bersyukur" - Al-Mukminun: 78

Saturday, May 7, 2011

we are facing these....

although the previous post recite --> back.
well, I'm not entirely back, since much of the time will be spent in reading books and lecture notes...
things have been pretty hectic and cramp up together. Alhamdulillah, all is well =).



although all of us are facing final exams, but since we've been through the same experience for the past 2 years, thought us lots of experience and knowledge on how to face each subject. May Allah bless us all and all of our efforts.



Many will think that exams is full of tension emotions, not enough time and kindda feel like so much pressure are being put on such little shoulder. Yeah, it is true, but not entirely. You see, having to face final exam every semester is one hectic thing, even when having the thought of it can make you roll your eyes, or "kerutkan dahi" with a long sigh...

“Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.” (Maksud Surah Hud (11):9)

However, when to come to think about it, it is not entirely bad thing. We are seating for examinations, every single day. either we realize it or not... Everyday is a test from Allah swt, and every steps that we take and every answer and decision that we make, will be marked and carefully analyze. Sounds like HSE investigation movement to me =).

So, how do we face both of these exams? well, Allah swt will never leave us dangling, along the thread, without knowing which way to go. Just like when we sew, there must be a needle that will guide on where the thread should be punctured into. that is why, Allah swt has given us guidance on how to deal with any exams or test that comes in our way.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” (Maksud Surah Muhammad (47):31)

“Tiada satu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Maksud Surah al- Hadid (57):22)

“Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Maksud Surah Yusuf (12):100)

there must be a solution to every difficulties, and Allah will insyAllah, ease everything. From Him we came and to Him we shall return... so, why not give all you got to Allah swt, and put the full effort that you could give, with the intention of purely in seeking His blessing, when you study, and also when the final examination paper is in front of you. be patient, be happy and be those people who see things positively. as there must be a reason when a certain things happen, and why Allah swt has put it that way. May Allah swt give us guidance in order to overcome all the test that comes to our way, insyAllah ....

(sorry for the confusing sentences, feels like flying in the air, and not fully conscious after 2 papers today. All the best to my friends who have to deal with more than I do. May Allah swt give all of you strength and patience).

Sunday, May 1, 2011

Muliakah kita wahai manusia yang ditarbiyyah ?!

full credit to:
Nurul Shafiqah Awang

'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."
***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

untuk renungan dri ana sendiri dan sahabat2 skalian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...