Saturday, January 15, 2011
Saesang106 part 1
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah, yang demikian itulah kejayaan yang besar.” [Yunus 10:62-64]
Ya Allah, Sesungguhnya aku mencintai para sahabat Nabi-Mu Muhammad saw, sebenar-benar dan sedalam-dalam cinta. Maka serahkanlah aku kepada mereka untuk memperoleh syafaat mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau Maha Mwngetahui bahawa aku mencintai mereka keranaMu, wahai Tuhan yang Maha Mengasihani.
Rasulullah saw beberapa kali pernah berdoa:
"Ya Allah kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia."
Siapakah sahabat yang bertuah ini? Sehingga Rasulullah saw mendoakan dia?
Rasulullah saw sentiasa memanggilnya dengan nama Unais (comel dan mesra kan?). Dia hidup di bawah jagaan Rasulullah saw selama genap 10 tahun, dan baliau juga merupakan perawi yang ke-3 terbanyak meriwayatkan hadith, selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar.
Dialah Anas bin Malik Al-Anshori.
Ibunya bernama Ghumaisho' binti Milhan. Yang merupakan seorang wanita yang berjaya untuk mendidik anaknya, sehinggakan Anas telah mengucap dua kalimah syahadah pada waktu yang masih kecil lagi. Anas sentiasa ditanam di dalam dadanya, rasa cinta kepada Rasulullah saw. Maka, apabila terdapat berita atau cerita mengenai Rasulullah saw, Anas akan sentiasa rasa cinta dan rindu pada Rasulullah saw. Malahan, Anas juga bercita-cita untuk menjejaki RAsulullah saw di Mekkah.
Setiap kali berita perihal kedatangan Rasulullah saw dan sahabatnya Abu Bakar as siddiq ke Madinah, setiap pagi, anak-anak kecil akan berteriak riang bahawa RAsulullah saw datang, tapi mereka sentiasa pulang dengan kecewa dan sedih, apabila tidak melihat kelibat Rasulullah saw mahupun Abu Bakar as siddiq.
Namun, pada suatu pagi yang berembun segar dan suasana yang tenang berseri, terdengar orang berlaung "Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai dengan Yathrib". Suasana menjadi seronok dan penuh dengan kegembiraan. Semia penduduk Yathrib terasak-asak ingin melihat dan menyambut mesra akan kedatangan Rasulullah saw.
Sementara Rasulullah saw berada di Yathrib, pada suatu hari, Ghumaisho' binti Milhan, yakini Ibu Anas bin Malik bertemu dengan Rasulullah sambil membawa seorang anak kecil yang berlari-lari riang dan rambutnya juga terjurai pada dahinya. Setibanya di hadapan Rasulullah saw, Ghumaisho' memberi salam dan berkata:
" Wahai Rasulullah, semua lelaki dan wanita Anshor telah memberi hadiah kepada tuan, namun, saya tiada apa-apa uangboleh saya hadiahkan selain anak saya ini. Ambillah dia. Dia akan berkhidmat untuk tuan, dan mengikut apa sahaja yang tuan mahu"
Rasulullah saw amat gembira dan menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis. Baginda mengusap-usap kepala Anas. Rasulullah saw menyentuh anak rambut Anas dengan hujung jarinya, lalu Baginda menjadikannya sebahagian daripada anggota keluarga baginda.
Anas bin Malik mula berkhidmat dengan Rasulullah saw sejak umurnya 10 tahun dan hidup dengan baginda genap 10 tahun lagi. Selama masa itulah, tegukan pertama hidayah yang berjaya membersihkan dirinya. Anas peka dengan hadis Rasulullah saw dan didikan-didikan tersebutlah yang memenuhi dada Anas. Beliau mengetahui keadaan, kisah, rahsia dan sifat mulia Baginda yang tidak diketahui oleh orang lain. Anas dilayan baik olehRasulullah saw hinggakan anak baginda sendiri pun tidak dapat merasai layanan sebegitu daripada bapanya.
Anas bin Malik pernah menggambarkan hidupnya bersama Rasulullah saw:
Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang.
Suatu hari, Baginda meminta Anas pergi menyelesaikan satu urusn. Lalu Anas pun keluar. Sedangkan ketika itu, Anas pergi bermain dengan rakan sebayanya di pasar. Maka Anas tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan. Sesampainya Anas ke tempat rakan-rakannya, Anas merasakan ada seseorang yang berdiri di belakangnya. Dia memegang baju Anas. Anas pun berpaling dan melihar Rasulullah tersenyum dan berkata "Wahai Unais, adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?"
Anas rasa bersalah dan berkata: "Baiklah, saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah."
Dan selama hidup dengan Rasulullah saw, Rasulullah saw tidak pernah menanyakan pada Anas, mengapa buat begini,dan mengapa tidak buat begini?.
to be continued....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment