Tuesday, February 19, 2019

Nasihat Cinta buat Ibu bapa


Harini, sementara menunggu anak-anak selesai bermain, terasa ingin menulis. Dua hari yang lalu, ketika mata terasa segar untuk kembali tidur, diambil buku Prophetic Parenting dan sambung membaca.

Penulis buku tersebut memulakan buku tersebut dengan tajuk: Nasihat Cinta buat IbuBapa dan memetik dari kata-kata imam Al-Ghazali:

“Anak adalah amanah di tangan kedua orang tuanya. Hatinya yang suci adalah Mutiara yang masih mentah, belum dipahat dan dibentuk. Mutiara ini dapat dipahat dalam bentuk apa pun, mudah condong kepada sesuatu.
Apabila dibiasakan dan diajari dengan kebaikan, maka dia akan tumbuh dengan kebaikan itu. Nampaknya, orang tua itu akan hidup berbahagia di dunia dan akhirat Semua orang dapat menjadi guru dan pendidiknya.
Namun, apabila dibiasakan dengan keburukan dan dialalaikan - seperti dilalaikannya haiwan – pasti si anak akan celaka dan binasa. Dosanya akan melilit leher orang yang seharusna bertanggung jawab atasnya dan menjadi walinya.
Rasulullah saw bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam fitrahnya. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani”

 Secara amnya:
1) Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, bersih suci hatinya dan bertuhankan Allah swt. Tugas kita: bagaimana ingin menjadikan fitrah tersebut kekal bersih dan sentiasa mentauhidkan Allah swt.

2) Untuk menjadi ibu bapa yang beruntung dunia dan akhirat, biasakan anak-anak untuk melakukan kebaikan. Cerita di sebalik perbuatan tersebut Allah swt sudah sediakan pahala yang berlipat ganda dan syurga yang penuh nikmat.

3) Anak-anak bukan seperti beg, dibawa sahaja, dan disuruh. Malah, kerap kalinya dilalaikan, dan dibiarkan tanpa didikan Islami atau keimanan. Maka, dosa-dosa anak-anaknya akan menjadi tali yang melilit ibubapanya untuk diheret ke neraka.

4) Menjaga anak itu mudah, hanya perlu diberi makan, mandi dan tidur secukupnya. Namun, mendidik anak itu memerlukan istiqamah, masa, kesabaran dan doa. Cerita dan terus bercerita. Tegur dan jelaskan sebab di sebalik setiap perkara.

Semoga setiap dari kita menjadi ibu bapa yang hebat disisi Allah swt untuk anak-anak yang dikurniakan kepada kita. Lihatlah mata mereka dan senyumlah.


untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^, - daie_soleh & hanifmarwa -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...