Sunday, October 23, 2011

M for Mesir?


Nak pergi mesir?

Tidak pernah terlintas di dalam benak fikiran ini, untuk menjejakkan kaki di bumi anbiya yang penuh bersejarah ini. Apatah lagi bila perlu ambil cuti selama seminggu dari bos, untuk ke sana. Kalau ke australia ke, korea ke, jepun ke, china ke mahupun indonesia, ada juga terfikir untuk bercuti ke sana. Tetapi, mesir? Memang tidak ku sangka. Kali terakhir mendengar tentang mesir adalah bila ada sahabat yang sambung belajar ke sana. Ramai juga sahabat yang berada di sana (cuma tak pernah / jarang contact je ^.^,), derang ambil syariah, usuluddin, hadith, tafsir, qiraat, ulum islami, medik dan lain-lain lagi. Dan mereka memang hebat-hebat belaka. Tabik spring lah ^.^

Tapi, pada mulanya, memang bukan dalam agenda pun ingin ke mesir. Umi dan ayah memang sudah beli tiket, untuk mengiringi adik, malah sudah siap-siap packing lagi. Tetapi Allah izin, bos yang duduk di sebelah sarankan untuk mengambil cuti, dan pergi ke sana (sebab bos kenal ayah, dan ayah bercerita hajatnya untuk ke sana). Katanya, bila lagi mahu pergi, kalau tidak waktu ini? Nanti bila dah mula belajar balik, mesti tiada masa dah. Maka, setelah hantar email ke bos besar, dan mendapat approval, terus telefon ayah. Ayah, umi dan adik semua terkejut. hehehe... (sebab tak pernah show interest untuk pergi pun selama ni.).

Dan selepas 3 minggu begitu, berdirilah kami di KLIA bersama bagasi yang beratnya tidak kurang dari 120kg (lebih sikit). 90% dari barang tersebut adalah barang keperluan adik, manakala kami hanya membawa baju dalam sebuah beg kecil yang juga sesuai untuk jadikan hand luggage.^.^, Sepatutnya, adik seorang sahaja yang boleh bawa 40kg, kami hanya 27kg. Namun, tawakkal sahaja. Jika boleh masuk, alhamdulillah, jika tidak, sebahagian darinya akan dibawa pulang oleh abang.

Setibanya di kaunter check-in, jam menunjukkan pukul 12 malam, kami disambut mesra oleh seorang pekerja wanita yang bertudung cantik. Umurnya, dalam lingkungan 30-an. Apabila ditanya, berapa jumlah beg, kami menunjukkan 4 beg, dan berat kesemuanya lebih kurang 60kg. Masih ada 20kg++ kami letak di tepi, mungkin tidak lepas, (adik sudah check in dengan agensinya, dengan bagasi yang beratnya lebih kurang 40kg). Apabila sudah di check-in keempat-empat beg, pekerja tersebut masih lagi bertanyakan jika kami masih ada lagi beg yang mahu di-check in. Dan apabila ditanya, sebenarnya, berapa berat yang kami boleh masukkan ke bawah? 30kg++. Alhamdulillah, maka, kami dengan gembiranya, meletakkan kesemua beg yang kami ada ke muatan bawah, dan kami hanya berlenggang ke dalam kapal terbang dengan membawa bag laptop dan kamera. Apabila selesai proses check-in, ayah berterus terang. "Sebenarnya, apabila pergi ke kaunter check in, ayah baca doa. allahumma yassir wa la tu'assir, ayat kursi dan doa-doa yang ayah tahu"
Kami hanya tersenyum ^.^, alhamdulillah.

kami menaiki pesawat Kuwait Airline untuk ke mesir. Kami bertolok pukul 3 pagi dari Malaysia
gambar ini diambil sewaktu transit di Kuwait (sbb waktu tu tgh siang) 

Maka, bermulalah perjalanan kami menuju bumi anbiya'. Sebenarnya, secara tulusnya, di dalam hati, tiada rasa untuk menziarahi piramid atau tempat-tempat pelancongan yang sering dilewati pelancong-pelancong biasa. (Dan memang betul kami tak pergi pun piramid ke, kedai krystal ke, naik cruise di sungai nile ke etc). Namun, bagi kami, ini adalah satu perjalanan akan menjadi sebahagian dari pengalaman hidup kami. Dan yang penting, kami ingin melihat bumi Allah swt dimana, di situ lahirnya para pembawa risalah, yang berjuang demi menyampaikan perintah Allah swt kepada umatnya. Di situ juga terdapat sejarah-sejarah yang sering kali disebut-sebut di dalam Al-Quran. Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim adalah antaranya. Dan yang paling penting, kami inginkan perjalanan ini, dilindungi dan diredhai Allah swt.

akan bersambung... ^.^


untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^,
 - daie_soleh & hanifmarwa -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...