Friday, October 14, 2011

Bakso Cinta ^.^,


A: Terus terang, saya sudah lelah menemukan jodoh pak kiayi. Saya fikir, wanita tersebut adalah jodoh saya. tp ternyata... (berhenti tanpa meneruskan ayatnya). Saya titipkan cincin ini pada pak kiayi, kalau pak kiayi merasakan ada yang pantas dan cocok memakainya, silakan pak kiayi memakaikan pada jarinya. InsyAllah, saya samikna wa 'athokna, pak kiayi.

Pak Kiayi mengambil cincin dari tangan Abdullah, dan membukanya. Tidak lama kemudian, dia menutupnya kembali, sambil melepaskan hembusan nafasnya. Terasa berat.

K: A, aku mahu cerita, ini kisah nyata. mahu kamu mendengarkan?

A: Dengan senang hati pak kiayi.

K: Ada seorang gadis yang halus hatinya. Patuh dan bakti pada orang tuanya. Patuh, sangat patuh. gadis yang solehah. InsyAllah. Sangat patuh pada Tuhannya, cinta pada Nabinya, dan bangga pada agama yang dipeluknya. Suatu hari, gadis itu dilamar dan dinikahi oleh seorang pemuda yang dianggapnya bisa memberikannya kebahagiaan. Orang tuanya merestuinya. Bulan bergantu bulan. Orang tuanya beranggapan  puterinya itu sudah mendapatkan kebahagiaan. Tapi ternyata, berbeda dengan kenyataannya. 6 bulan pernikahan. Pemuda itu tidak melaksanakan tugas sebagai suami, gadis itu masih suci. Pemuda itu lalu menceraikannya.
Sekarang, pertanyaanku, mahu kamu menikah dengan gadis itu?

A: Kalau pak kiayi menjamin, InsyAllah saya mahu.

K: Kamu tidak ragu?

A: Apa menurut pak kiayi, dia pantas untuk saya, dan saya pantas untuknya?

K: InsyAllah.

A: Saya tidak ragu sekali pak kiayi.

K: Kalau begitu, kamu solat maghrib di sini. Ba'da (selepas) solat maghrib, aku nikahkan kamu dengan gadis itu. Saksinya masyarakat, jamaah dan para pelajar. Maharnya, cincin emas ini.

A: Kalau boleh tahu, gadis itu, asalnya dari mana dan siapa namanya?

K: Dia asalnya disekitar sini, dia, anakku, Anna

A: Anna? Anna pak kiayi?

K: Ya

A: Allahu akbar! (Abdullah, bersyukur dengan penuh pengabdian, dan pada masa yang sama, anna yang mendengar di balik almari, sujud syukur atas segala yang
telah Allah swt aturkan untuknya.)

------------------------------

Baiklah, sebenarnya, dialog di atas adalah petikan dari cerita film Ketika Cinta Bertasbih part 2. Walaupun film ini sudah lama ditayangkan, namun baru sekarang saya punya peluang untuk menontoninya. SubhanAllah, subhanAllah, subhanAllah. Sungguh indah aturan film tersebut dan bagaimana ia disampaikan pada para penonton. Bukan hanya heppi ending yang saya maksudkan, namun keseluruhan perjalanan cerita tersebut, dicoretkan dengan sangat santai tetapi sangat mendalam message yang cuba ia sampaikan.

Terdapat beberapa pengajaran yang sangat bermakna ketika setiap detik masa film ini ditayangkan:

1) Yang pertama, saya belajar bahawa, walaupun setinggi mana kita menimba ilmu, lebih tinggi ilmu kita, seharusnya, kita menjadi lebih "humble". Kerana setiap dari ilmu yang kita terima, menandakan tahap keimanan yang perlu kita tingkatkan kepada Allah swt, tahap keabdian kita dan juga tahap keikhlasan kita. Dan apabila ilmu tersebut disampaikan kepada orang lain pula, kita juga akan dipertanggungjawabkan. Dalam surah as-saff: "kabura maktan 'indAllahi antaqulu ma la taf'alun"

2) Jangan pernah menyerah. Kerana setiap kepayahan dan cubaan yang telah Allah swt kurniakan kepada kita, adalah sebagai tanda kasih sayangNya dan cintaNya kepada hambaNya. Kerana, di hujung kesusahan tersebut, sekiranya kita berjaya tempuhi, insyAllah, terdapat sesuatu yang tersangat indah, Allah swt kurniakan kepada hambaNya... sehinggakan bisa membuat kita menangis dan sujud kesyukuran di atas peraturan Allah swt yang sungguh indah sekali buat hambaNya...

3) Patuh dan taat kepada kedua ibu bapa kita yang tercinta. Sungguh, tiada apa pun dapat menggantikan kasih sayang dan cintanya mereka terhadap darah dagingnya sendiri. Semenjak kita lahir sehinggalah kita meningkat dewasa, kasih sayang dan cintanya mereka kepada kita tiada belah bahagi. Semua yang mereka lakukan hanyalah untuk kebaikan kita semata dan hanyalah untuk memberi kebahagiaan kepada anak-anaknya. Jika mengenai jodoh, pasti mereka akan mencarikan yang terbaik, jika mengenai akhlak, pasti mereka akan mendidik kita untuk patuhi Allah swt dan mencintai Rasulullah saw, jika mengenai ilmu, pasti mereka akan mengajar kita segala ilmu yang mereka punya, baik ilmu tentang kehidupan, akademik dan lain-lain.

4) Berbicaralah dengan telus, tanpa pernah terlintas untuk berbohong. Tiada yang harus diselindungi, dan berkata benarlah, walaupun ia terasa terlalu pahit untuk kita terima.

5) Jaga kehormatan diri, kesucian akhlak dan tatacara. Walaupun kita jatuh cinta pada seseorang hamba itu, selagi dia bukan yang halal bagi kita, teruslah bermujahadah untuk menahan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan kata-kata was-was yang bisa menarik kita terlalu jauh dari keredhaan Allah swt. Mungkin dia jodoh kita, tetapi dia juga mungkin bukan jodoh kita. Mungkin saat itu kita merasakan dia adalah yang terbaik untuk kita, dan sangat cocok, namun Allah swt mengaturkan yang terbaik buat kita. Maka, mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk kita. Maka, perbanyakkan istighfar atas dosa-dosa yang kita lakukan, dan istikharah dan solat taubat lah, dalam hal ini. Kerana segala-galanya di tangan Allah swt. Walaupun sudah bertunang sekalipun, ikatan itu, bisa terputus, dengan cara yang Allah swt redhai. Malah, jika kita meredhai, Allah swt pasti akan menggantikan yang lebih baik buat kita. ^.^, insyAllah...

6) Sentiasa bersyukur. Pada setiap saat dan pada setiap ketentuan yang telah Allah swt susun buat kita. Pasti ada hikmahnya. Pasti!


Sampai sini dahulu untuk kali ini. Jika ingin menyenaraikan semua pengajaran, saya jamin, satu jam saja pasti tidak cukup. Maka, saya meminta ampun dari pembaca semua sekiranya tersilap kata-kata, dan doakanlah semoga penulis juga sentiasa ikhlas dalam setiap ayat yang dibicarakan di sepanjang penulisan di blog ini. Semua ini akan dipertanggungjawabkan. Maka doakan supaya niat saya sentiasa tetap, hanya untuk mendapat keredhaan Allah swt... dan begitu juga dengan para pembaca. semoga kita semuanya ikhlas... dalam menunaikan amanah Allah swt sebagai 'abid dan juga khalifahNya di muka bumi ini..insyAllah.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...