Friday, September 9, 2011

Pasport & Imigresen

Selepas 5 jam (huh) alhamdulillah, passport sudah diperbaharui. Sebuah pengalaman yg sangat menguji kesabaran. Baiklah untuk entri kali ini, ingin penulis berkongsi dengan para pembaca bagaimana cara-cara membuat passport di imigresen di Malaysia, specifically Imigresen di Shah Alam yang terletak di Kompleks PKNS, Shah Alam.

1) Sediakan kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan (jika berumur kurang dari 12 tahun, sediakan surat beranak dan salinan surat beranak), 2 gambar berukuran pasport, dan duit berjumlah RM150 (untuk 3 tahun) atau RM 300 (untuk 5 tahun)

2) Ambil borang di kaunter pertanyaan dan isi borang tersebut selengkapnya (sila baca tulisan yang kecil-kecil dan ber-"star" juga. Sangat penting!)

3) Tunjuk kembali borang tersebut pada kaunter pertanyaan dan mereka akan memberi pada anda number giliran. *sekiranya ramai orang, perlu tunggu dari 1 jam - 2 jam. (alhamdulillah, sewaktu menunggu, penulis ditemukan Allah swt dengan seorang kakak yang sangat baik dan memberikan nombornya pada penulis, kerana abangnya tidak jadi untuk membuat pasport. Maka, penulis hanya perlu tunggu beberapa minit sahaja sebelum nombor baru penulis dipanggil)

4) Di kaunter, anda perlu memberikan pasport lama, kad pengenalan & salinan kad pengenalan, borang yang telah di-isi dan juga 2 keping gambar. Anda akan diminta menurunkan cap jari dan kembali menunggu sebelum nama anda di panggil untuk melakukan pembayaran.

5) Apabila selesai melakukan pembayaran, anda akan diberikan resit, dan anda perlu menunggu selama 1 jam lagi.

6) Kemudian, anda perlu pergi ke kaunter bernombor-1, dan meletakkan resit anda di sebuah bekas berjaring merah. Resit tersebut, akan di-ambil oleh officer yang bertugas untuk mengambil pasport anda yang sudah siap di-print.

7) Apabila nama anda di panggil, anda perlu memastikan kesemua data yang dicetak adalah benar, dan anda perlu menurunkan tanda tangan pada pasport tersebut.

Dan vuallah! alhamdulillah, anda telah berjaya memperbaharui pasport anda! Sekarang, anda boleh travel ke semua negara yang anda ingini, kecuali Israel~

:) selamat mencuba!

p/s jika ingin pasport anda diperbaharui dengan lebih cepat, anda boleh membuatnya di Pejabat Imigresen yang terletak di Kuala Selangor (30 minit boleh siap. sebab tak ramai orang yang buat dkt situ), atau Sg Petani (sama kes macam kuala selangor).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...