Friday, June 17, 2011

Berlari dan terus berlari

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhadmulillah...

Setelah sekian lama menghilang, alhamdulillah, diberi lagi oleh Allah swt untuk kita semua meneruskan kehidupan dan perjuangan sebagai abid Allah swt di muka bumiNya ini. Bersyukurlah kerana masih lagi diberi oleh Allah swt masa utk terus bertaubat dan beramal. Keresahan orang yang mati pada hari semalam, adalah kerana tidak dapat berjumpa dengan hari ini. Kerana masa untuknya untuk terus beramal telah berlalu... Manakala keresahan orang yg mati pada hari ini, adalah kerana tidak bisa bertemu dengan hari esok.

Pernahkah kita terfikir, mengapa kita ditempatkan dan dihantar oleh Allah swt ke tempat-tempat yang tidak pernah terlintas di fikiran kita? Apa yang lebih mencabar ialah, di tepat yang baru dan cukup asing itu, kita perlu berusaha untuk menyeuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Orang yang baru, jalan yang baru, tempat yang baru dan aktiviti-aktiviti dan tugasan-Tugasan yang baru. Hmm...bagi saya, ia amat mencabar... namun, umi ada berpesan, mungkin kehadiran kita di sesebuah tempat itu, adalah kerana Allah swt ingin kita mengubah sesuatu, ke arah yg lebih baik... dan mungkin Allah swt menghantar kita di situ, untuk mendidik diri kita, dan menguji kita, dalam persiapan kita menjadi seorang abid Allah swt yang lebih baik. Allah swt ingin menguji bahawa apa yg selama ini kita dididik dengan teori, dimnfaatkan untuk bahgian praktikal pula. Ia dilaksanakan dengan menggunakan semua ilmu dan keimanan yang ada untuk menunaikan kesemua hak-hak yang perlu ditunaikan...itulah kehidupan...itu lah tarbiyyah...sekuat mana kita akan terus berjuang, selama mana kita akan terus istiqamah.

Kadang kala terasa seperti kehidupan ini adalah satu perlarian.



Di mana kita perlu berlari ribuan kilometer dalam jangka masa yang singkat... Tercungap-cungap, keseksakan nafas. Letih.. Tetapi, tidak bisa berhenti. Kerana pelarian ini, masih perlu dihabiskan hingga ke garisan penamat...berlari dan terus berlari... Kadang kala larian itu menyebabkan kita jatuh, tersungkur. Jatuh berdarah. Dan di tengah-tengah jalan itu juga kita terpaksa mendaki, terpaksa melompat dan mengelak dari halangan-halangan yang sentiasa datang tanpa jangkaan. Tetapi, kadang kala juga kita terlupa, bahawasanya, halangan-halangan tersebut mengajar kita untuk lebih sabar, lebih kuat, dan yang paling penting, lebih ikhlas... Kerana, setiap detik yang berlalu sepanjang pelarian kita di jalan kehidupan ini, tidak lain hanyalah utk mendapatkan keredhaan Allah swt. Kita perlu terus menikhlaskan diri..ikhlas..dan sentiasa ikhlas... Kerana keikhlasan itu akan menjadi kayu pengukur dalam perjalanan dan pelarian ini. Setiap dari halangan-halangan tersebut, semuanya adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, atas keredhaanNya. Maka, bersyukurlah kerana kita diuji, kerana itu adalah tanda kasih sayangnya Allah swt pada hambaNya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabut: 2)

namun, Allah swt juga mengatakan:

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

SubhanAllah, kasih sayang Allah swt pada hambaNya =)

Kerana itu, sedang asyik kita berlari, kita juga bertemu dengan sahabat-sahabat yang turut berlari bersama, ke destinasi yang sama. Di saat itu, baru tersedar, bahawa, kita tidak lagi berseorangan, dan kita tidak akan pernah berseorangan. Sakit kita juga bukan berseorangan, tetapi bersama. Mereka juga menuju ke arah dan destinasi yang sama, untuk mendapat keredhaan yang sama. Walaupun dicampak ke tempat baru, namun, perjalanan yang ditemani oleh sahabat-sahabat yang memahami dan sangat murah hati, yang sangat mengambil berat tentang kebajikan, yang memberikan semangat baru dan kekuatan untuk terus berlari dan berlari. Inilah ukhuwwah... sweet ukhuwwah, yang mengajar seorang hamba untuk terus berfikir untuk hamba-hamba Allah yang lain. Dan alhamdulillah, suatu perkara yang terasa kemanisannya sehingga kini, dan insyAllah sehingga akhir hayat adalah apabila yang mendidik kami untuk sentiasa berlari di atas jalan yang insyAllah penuh barakah ini adalah dalam kalangan ahli keluarga yang tercinta. Alhamdulillah... semoga setiap dari kita diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk sentiasa istiqamah dalam perlarian menuju redha Allah swt =).

p/s untuk ahli-ahli rumah an-nur, jazakumullahukhairan kathira, kerana telah mengajar ana byk sgt perkara yang tidak pernah ana lalui sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...