Sunday, October 17, 2010
mesti ada, at least sorg...
Telah bekulah daya juang di hati manusia itu
Mereka leka mencari kekayaan dan kehidupan yang rutin
kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang keliru
hampir-hampir menggoncangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku. (al-amiri,Diwan Ma’a Allah)
Mereka melihat daku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,
Bergembira bersama rakanku si burung camar
Tetapi aku dilahirkan di bumi
yang dipenuhi jiwa-jiwa hamba yang seronok diperhambakan...(Muhd Iqbal,Diwan Dharb al-Kalim)
wakaka...4minute huh...hattan...zamani~
kalau beginilah setiap hari, boleh runtuh dinding-dinding village-village disekililingnya...
bagaikan gempa bumi di bumi U**...
gempa bumi al-batil yang semakin ramai jumlah pendokong-pendokongnya...
pendokong al-batil yang menguatkan lagi perhambaan diri manusia pada syaitan dan nafsunya...
innalillah...innalillah...innalillah...
namun, dicelah-celah syaitan-syaitan hedonism,
hadirnya mereka yang Rasulullah saw pernah gambarkan:
“Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran.
Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga
datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.” (Sahih Muslim)
maka adakah kita di dalam golongan ini?
sama ada golongan syaitan-syaitan hedonism, mahupun abid-abid & daie-daie Allah swt yang soleh?
p/s task force yang membuka mata, minda dan hati...
semoga semua yang hadir dan participate semalam, jumaat mahupun hari ini, dikurniakan ketenangan, ketabahan, keimanan dan ketaqwaan oleh Allah swt untuk sentiasa thabat di atas jalanNya... walaupun tariq ini adalah tariq yang sangat panjang, payah dan meletihkan... dan semoga ukhuwwah fillah kita akan lebih kuat lagi... =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment