Wednesday, October 13, 2010

argh..biar je lah

...bismillahirrahmanirahim...

hanya sedikit ingin dikongsi pada kali ini. bukan kerana kedekut, tetapi kerana terdapat prioriti lain yg perlu dilaksanakan...doakn =)

minggu-minggu terakhir menjelang final exam, merupakan antara minggu yang paling hectic sekali. dgn assignment, presentation, project... itu baru hal akademik, tidak termasuk tanggung jawab lain yang jauh lebih penting dari itu... insyAllah, moga Allah swt memberi kesabaran dan ketabahan kepada kami semua...

namun, apakah perasaan jika tanggungjawab yang telah diamanahkan ditinggalkan begitu sahaja. meninggalkan tanpa mempedulikan mereka-mereka disekeliling yang terkapai-kapai ingin melaksanakan tanggungjawabnya juga? tidak peduli? biar je lah... what ever?

subhanAllah...

sedih sekali melihat mereka yang tidak pernah merasakan kehadiran Allah swt yang sentiasa melihat, dan para malaikat yang sentiasa mencatit di kiri dan kanan...apabila diberikan sesuatu tanggungjawab dan amanah, bukankah anda perlu laksanakannya?

beginilah wahai sahabatku,
dikala engkau menerima amanah, laksanakanlah ia dengan sebaik-baiknya,
dikala engkau menerima amanah, ingatlah Allah swt yang Maha Mendengar dan Maha Melihat
dikala engkau menerima amanah, ingatlah Rasulullah saw yang menerima amanah yang lebih besar,
dikala engkau menerima amanah, ingatlah mereka yang mengharapkan anda untuk melaksanakannya
dan dikala engkau menerima amanah, ingatlah setengah badanmu sudah berada di dalam neraka...
seperti mana Imam Ghazali mengingatkan kita:
"yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH"
(Surah Al-Azab : 72 )
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya(berat), lalu dipikul amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"

Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan, sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

bukankah mengajar manusia tentang iman itu amanah?
bukankah menyimpan rahsia itu amanah?
bukankah solat itu amanah?
bukankah pengabdian diri kepada Allah swt itu amanah?
bukankah ibu dan ayah juga amanah?
bukankah anak-anak mu juga amanah?
bukankah assignment, hw, projek itu juga amanah?


kadang kala terlalu mudah untuk seseorang (mungkin diri sendiri juga) meninggalkan satu tanggung jawab yang telah diamanahkan bukan? adakah begitu mudah? tidak..owh tidak...

anda tidak akan pernah terlepas...
walau dalam apa keadaan sekalipun...
anda pasti akan ditanya kelak...
ditanya diakhirat kelak...
dengan apakah yang kamu laksanakan tanggungjwbmu?

adakah anda mempunyai jwpn?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...