Saturday, September 25, 2010

Jala yg penuh / kosong?

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi



seronok bukan mempunyai anggota badan yang sempurna. Rupa paras yang cantik. Mata yang bersinar, tangan yang mampu memegang dan menaip, dan kaki yang mampu duduk dan melangkah.

Sesungguhnya, badan seseorang dengan sekalian anggotanya merupakan alat hidup untuk bekerja dan beramal. Maka alangkah bahagianya seandainya alat itu dapat melaksanakan tugasnya. Tidak mengapa jika alat itu rosak atau binasa, jikalau sudah sampai masanya, asalkan dia telah ada hasilnya.



Sebagaimana yang telah digambarkan oleh Imam Al-Ghazali dalam tulisannya yang sangat bernilai..:

"Sesungguhnya badan anak Adam adalah diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik. Apabila ia berjaya dalam tugasnya ini dan kemudian mati, maka sudahlah mencukupi; tidak memerukan kepada jala itu lagi. Dan jala itu adalah seperti badan yang telah dipisahkan oleh mati."

Ingatlah bahawa memang tiada seorang manusia pun apabila dia telah mati, habislah segala keinginannya kepada dunia. Apa yang sangat diingini ialah amal-amal saleh yang menjadi bekalannya dikuburnya. Apabila ada bekalan itu, terasalah kekayaannya; tidak ingin kepada yang lain lagi... (seronoknya!!)

tetapi, sekiranya dia tidak mempunyai bekalan tersebut, maka dia akan menuntut unutk kembali ke dunia untuk mengambil bekalannya. Alangkah malangnya! Jala tadi itu, telahpun diambil daripadanya kemudian dikatakan kepadanya: "Wahai manusia, Jauhlah! Segala-galanya telah berlalu."
Maka tinggallah dia terpegun, tercengang selama-lamanya di atas kecuaiannya mengambil bekalan sebelum jala (badan) itu diambil daripadanya. Kerana Rasulullah saw pernah bersabda:
"Pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau"

- astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... -
sekiranya Rasulullah saw yang maksum itu beristighfar sebanyak 80x sehari, masakan kita yang bergunung-gunung dosa ini?... astaghfirullah...

wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...