Apabila berbicara perihal rahsia, pasti ia adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh diri sendiri, atau orang-orang yg kita percayai. Bukan sesuatu yang berdosa untuk berahsia, tetapi, ia akan menjadi dosa, sekiranya dalam usaha menutup rahsia tersebut, kita berbohong dan berdusta. Namun, bukan itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini, tetapi perihal jiwa dan rahsia. Jika anda menonton cerita-cerita yang berkaitan manusia -manusia, yang mempunyai super power, mesti ada antara mereka yang mempunyai power mendengar isi pemikiran orang lain. Ini adalah seperti suatu kebiasaan bagi manusia yang ingin mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh orang lain. Apa perasaan mereka dan adakah mereka ini mempunyai hati yang bersih, atau yang sebaliknya. Wahh... Pasti menakjubkan jika mempunyai orang yang sebegitu. Namu, pasti juga ada hikmahnya mengapa Allah swt menjadikan itu sebagai rahsia antara hambaNya dan PenciptaNya.
Pagi tadi, dengan bersama-sama seorang sahabat, kami duduk sebentar untuk berkongsi-kongsi pengisian, dan kami membincangkan mengenai surah at-tariq.. SubhanAllah, sungguh menakjubkan! Pada awalnya, sekiranya kita hanya membaca terjemahan surah tersebut, sedikit susah untuk kita memahami makna disebalik penyumpaham Allah swt terhadap alam, bintang yang sinarnya menembusi angkasa, sumpahan terhadap penciptaan manusia, hujan yang turun dan juga tumbuh-tumbuhan yang tumbuh... Namun, hakikat surah tersebut dengan jelasnya menyatakan bahawasanya, setiap jiwa yang Allah swt cipta, pasti ada pengawalnya dan pengawasnya. Sepertimana bintang yang cahayanya menembusi angkasa raya,di mana tiada perkara lain lagi yang mampu menembusi kecuali sinaran cahaya bintang tersebut, begitulah jua, Allah swt yang dapat menembusi dan mengetahui isi pemikiran dan jiwa manusia. Lihat ayat 1-4 surah at-tariq.
Perbahasan berpanjangan lagi apabila Allah swt menceritakan perihal kejadian manusia yang datangnya daripada air mani yang memancut. Bagi lelaki, air mani ini dihasilkan dari tulang sulbi yang berdekatan dengan tulang belakang dan area2 berdekatan dengan punggung (betulkan saya jika salah) manakala, air mani yang dihasilkan oleh wanita adalah terletaknya di bahagian tulang dada. Ilmu ini hanya dapat diperoleh dan dicatat oleh sain moden sesudah Al-Quran telah lama diturunkan. Menakjubkan bukan? Dan daripada air mani yang tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kekuatan ini, dengan izin dan juga arahan daripada Allah swt, akan melekat di rahim dan proses mitosis akan berlaku. Dimana, kelompok-kelompok sel akan terjadi dan setiap dari kelompok tersebut akan menjadikan kelompok-kelompok sel yang lain dan setiap dari kelompok-kelompok sel tersebut, akan berfungsi untuk menyempurnakan kejadian anggota-anggota badan kita, untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Bagaimana sel-sel itu mengetahui apa yang dia akan buat? Dan macam mana dia mengetahui bahawasanya dia adalah salah satu daripada kelompok sel yang akan menyempurnakan anggota tangan, atau kaki, atau mata? Haaa... Inilah satu perkara yang aneh yang ingin Allah swt tunjukkan kepada kita semua. Bahawasanya, itu semua hanya akan berlaku dibawah perintah, peraturan dan perancangan dari Allah swt. SubhanAllah. Sungguh menkjubkan bukan? Dan kejadian manusia sebelum hidup/lahir, adalah lebih aneh daripada jangka masa manusia yang hidup sehingga mati.
Oleh kerana itu, ayat yang seterusnya, menceritakan kepada kita bahwasanya, sekiranya kejadian yang aneh itu terjadi pada manusia, bukankah ia lebih aneh sekiranya, manusia ini tidak dipertanggungjawabkan? Dan tidakkah ia lebih aneh jika manusia tersebut tidak diuji... Sungguh aneh! Itulah sebabnya, apabila manusia diciptakan oleh Allah swt, setiap jiwa tersebut pasti ada pengawalnya, dan pasti ada yang mengawasinya, kerana jiwa tersebut akan dipertanggungjawabkan perihal apa yang dikerjakannya sewaktu di dunia, dan amalan-amalan mereka akan dibalas dengan setimpalnya. Dan hari tersebut, lebih dikenali sebagai hari pembalasan atau hari pengadilan. Hari tersebut juga merupakan hari dimana jiwa yang dahulunya penuh dengan rahsia -samada yang baik atau yang buruk-akan dibuka! Beruntunglah kita jika yang terlihat itu adalah hal-hal kebaikan, dan yang terlihat itu adalah dalam kalangan jiwa yang bersih. Manakala, rugilah jiwa-jiwa yang kotor, dan penuh dengan tipu daya!
Ini adalah sebahagian dari perkongsian yang kami bincangkan bersama (untuk selanjutnya, korang semua kena baca tafsir fi zilal ye. Tulisan syed qutb =) ), dan sungguh, menggetarkan hati bagaimana Allah swt menceritakan mengenai setiap jiwa yang mempunyai pengawal dan pengawas masing-masing. Allah swt tidak akan pernah meninggalkan hambaNya, yang sudah susah payah diciptakan dengan proses yang aneh, dan peraturan dan perencanaan yang menakjubkan dengan sia-sia. Setiap dari satu jiwa itu akan dibuka rahsianya satu persatu, dan akan diadili. Ingatkah kita, bahawasanya, perihal ikhlas juga terdapat di dalam hati manusia? Dan ya! Ia juga akan diperlihatkan di kalayak ramai. Maka, mari, kita sama-sama, menjaga hati kita. Mencorak jiwa kita, dengan amalan yang hanya akan mentauhidkan Allah swt, amalan-amalan yang hanya akan dilakukan, ikhlas kerana Allah swt. Dan juga amalan -amalan yang hanya mengenal erti cinta kepada Allah swt...insyAllah... Kita sama-sama doakan supaya kita akan berlari lebih laju lagi dalam usaha meraih mardhatillah, dan menjadi antara muttaqin yang dicintai oleh Allah swt dan seluruh penduduk langit dan bumi... Amin =)
Saturday, June 25, 2011
Friday, June 17, 2011
Berlari dan terus berlari
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhadmulillah...
Setelah sekian lama menghilang, alhamdulillah, diberi lagi oleh Allah swt untuk kita semua meneruskan kehidupan dan perjuangan sebagai abid Allah swt di muka bumiNya ini. Bersyukurlah kerana masih lagi diberi oleh Allah swt masa utk terus bertaubat dan beramal. Keresahan orang yang mati pada hari semalam, adalah kerana tidak dapat berjumpa dengan hari ini. Kerana masa untuknya untuk terus beramal telah berlalu... Manakala keresahan orang yg mati pada hari ini, adalah kerana tidak bisa bertemu dengan hari esok.
Pernahkah kita terfikir, mengapa kita ditempatkan dan dihantar oleh Allah swt ke tempat-tempat yang tidak pernah terlintas di fikiran kita? Apa yang lebih mencabar ialah, di tepat yang baru dan cukup asing itu, kita perlu berusaha untuk menyeuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Orang yang baru, jalan yang baru, tempat yang baru dan aktiviti-aktiviti dan tugasan-Tugasan yang baru. Hmm...bagi saya, ia amat mencabar... namun, umi ada berpesan, mungkin kehadiran kita di sesebuah tempat itu, adalah kerana Allah swt ingin kita mengubah sesuatu, ke arah yg lebih baik... dan mungkin Allah swt menghantar kita di situ, untuk mendidik diri kita, dan menguji kita, dalam persiapan kita menjadi seorang abid Allah swt yang lebih baik. Allah swt ingin menguji bahawa apa yg selama ini kita dididik dengan teori, dimnfaatkan untuk bahgian praktikal pula. Ia dilaksanakan dengan menggunakan semua ilmu dan keimanan yang ada untuk menunaikan kesemua hak-hak yang perlu ditunaikan...itulah kehidupan...itu lah tarbiyyah...sekuat mana kita akan terus berjuang, selama mana kita akan terus istiqamah.
Kadang kala terasa seperti kehidupan ini adalah satu perlarian.
Di mana kita perlu berlari ribuan kilometer dalam jangka masa yang singkat... Tercungap-cungap, keseksakan nafas. Letih.. Tetapi, tidak bisa berhenti. Kerana pelarian ini, masih perlu dihabiskan hingga ke garisan penamat...berlari dan terus berlari... Kadang kala larian itu menyebabkan kita jatuh, tersungkur. Jatuh berdarah. Dan di tengah-tengah jalan itu juga kita terpaksa mendaki, terpaksa melompat dan mengelak dari halangan-halangan yang sentiasa datang tanpa jangkaan. Tetapi, kadang kala juga kita terlupa, bahawasanya, halangan-halangan tersebut mengajar kita untuk lebih sabar, lebih kuat, dan yang paling penting, lebih ikhlas... Kerana, setiap detik yang berlalu sepanjang pelarian kita di jalan kehidupan ini, tidak lain hanyalah utk mendapatkan keredhaan Allah swt. Kita perlu terus menikhlaskan diri..ikhlas..dan sentiasa ikhlas... Kerana keikhlasan itu akan menjadi kayu pengukur dalam perjalanan dan pelarian ini. Setiap dari halangan-halangan tersebut, semuanya adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, atas keredhaanNya. Maka, bersyukurlah kerana kita diuji, kerana itu adalah tanda kasih sayangnya Allah swt pada hambaNya.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabut: 2)
namun, Allah swt juga mengatakan:
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
SubhanAllah, kasih sayang Allah swt pada hambaNya =)
Kerana itu, sedang asyik kita berlari, kita juga bertemu dengan sahabat-sahabat yang turut berlari bersama, ke destinasi yang sama. Di saat itu, baru tersedar, bahawa, kita tidak lagi berseorangan, dan kita tidak akan pernah berseorangan. Sakit kita juga bukan berseorangan, tetapi bersama. Mereka juga menuju ke arah dan destinasi yang sama, untuk mendapat keredhaan yang sama. Walaupun dicampak ke tempat baru, namun, perjalanan yang ditemani oleh sahabat-sahabat yang memahami dan sangat murah hati, yang sangat mengambil berat tentang kebajikan, yang memberikan semangat baru dan kekuatan untuk terus berlari dan berlari. Inilah ukhuwwah... sweet ukhuwwah, yang mengajar seorang hamba untuk terus berfikir untuk hamba-hamba Allah yang lain. Dan alhamdulillah, suatu perkara yang terasa kemanisannya sehingga kini, dan insyAllah sehingga akhir hayat adalah apabila yang mendidik kami untuk sentiasa berlari di atas jalan yang insyAllah penuh barakah ini adalah dalam kalangan ahli keluarga yang tercinta. Alhamdulillah... semoga setiap dari kita diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk sentiasa istiqamah dalam perlarian menuju redha Allah swt =).
p/s untuk ahli-ahli rumah an-nur, jazakumullahukhairan kathira, kerana telah mengajar ana byk sgt perkara yang tidak pernah ana lalui sebelum ini.

Sunday, June 5, 2011
like flowing river
Good words and advice are like a flowing river, its' touch is cooling, its taste is sweet, its mere sight (existence) is refreshing.
Labels:
Chinggu,
Hidup,
InBeTwEEn,
TAZKIRAH,
untuk Hatimu dan Imanmu
Friday, June 3, 2011
I'm depressed! I want to die!
Beberapa hari yg lalu,aku dikejutkan dengan berita-berita pembunuhan diri. Sedih sekali. Wajah yang cantik dan indah, hidung mancung, suara yang merdu, rupa paras yang elok, career yang bagus, namun memilih untuk membunuh dirinya dengan wire handphone? Atau dlm kes yang satu lagi, membunuh dirinya dengan racun, dan menghidu gas. Dalam setiap kes tersebut, individu-individu tersebut dipercayai menghadapi masalah kemurungan / depression. Ok, I have to say this, 'I say whaaaaat?!'. SubhanAllah! Mula-mula ternganga dengan perasaan tidak percaya, mengapa dan mengapa?!!! Bukankah banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih baik?
Kisah ini dikongsi dengan ayahku, dan ini yang dia kata:
'Mereka depress kerana mereka tidak redha dengan ketentuan Allah swt'.
Dan ia membuatkan aku terfikir. Tidak redha pd apa yg tlh Allah tentukn, menyebabkan kekecewaan pd takdirnya. Apabila tidak redha, mereka akan kecewa. Yakni,kecewa yg melampau.
Sesungguhnya, Allah itu maha adil. Manusia tidak akan pernah gagal dan terus gagal tanpa kemenangan. Dan begitu jg dgn kejayaan.manusia tidak akan terus menang dan menang tanpa menemui kegagalan.
Sebemarnya, bukan kemenangan dunia yg dicari. Tp, adalah keredhaan Allah swt. Dalam setiap amalan kita, kita hanya mencari keredhaan Allah swt. Perkara yg mudah utk dikatakan, namun susah utk diingat,dicari dan diamalkan. Sekali lagi saya ulang, mardhatillah!
Tp, bgmana sekiranya mereka tidak mencari keredhaan Allah swt? Malahan mereka sendiri tidak redha pada diri mereka sendiri? Mereka juga tidak pernah mencuba utk mencari dan mengenali Allah swt, mahupun mendekatkan diri kepada Allah swt. Sungguh sedih apabila mendengar berita2 ttg bunuh diri / suicide yg berlaku di sekitar malaysia dan juga negara yg ke-dua paling ingin aku kunjungi, korea. Terdapat puluhan,ratusan dan ribuan orang yg memilih utk membunuh diri. Dengan harapan mereka dpt melepaskan diri dari depression, atau masalah yg menhimpit diri mereka. Tapi adalah mereka dapat terlepas dari masalah yang bakal mereka hadapi selepas mereka bunuh diri? Nauzubillah...padahal, bau syurga pun mereka tidak dapat nikmati..
Nauzubillah, jom kita sama2 berdoa agar perbuatan keji ini tidak akan pernah terlintas di kepala kita, apatah lagi melakukannya.
Mari kita lihat, apa yg Allah swt dan Rasulullah saw sebut perihal hal ini:
'Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan' (al-Baqarah, 2:195)
dan firmanNya lagi: 'Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu' (al-Nisa', 4:29).
Rasulullah saw juga bersabda dlm hadith-hadith baginda:
'Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti' (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).
'Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya' (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).
Makanya, layakkah kita memaksa utk bertemu dgn Allah swt sedangkan Allah swt tak ingin lagi bertemu dgn kita? Apatah lagi menoleh utk melihat kita. Sedarkah kita bhw adakah diri kita yg penuh dgn dosa ini layak utk bertemu dgn Allah swt? No! Of course not! Oleh kerana itu, Allah swt masih lg memberi rahmatNya kpd kita, dgn memberi lagi kita masa dan peluang utk hidup. Supaya kita bisa terus bertaubat dan beramal kepadaNya. Tidakkah kita patut besyukur? Dan ingat, manusia akan sentiasa diberi pilihan, maka, pilihlah dan rancanglah kehidupan anda semua supaya ianya dipenuhi dengan amalan2 yang hanya diredai Allah swt. Dan mari kita sekali lagi berdoa, semoga kita semua bisa bertemu dengan kekasih kita dalam keadaan yang bersedia, bersih, dan suci, sambil tersenyum kepadaNya.
P/s so, what to do when you are still too depressed and just feels like comitting a suicide. First, just throw away the thoughts so far, that it is an obligation that you even have that choice to choose as the solution to your problem.
Second, if you are a muslim, take your wudu' and pray. Cry your heart out and tell everything to Allah swt. Because Allah swt is maha pendengar dan maha mengasihani. And ask for His guidance and solution to the problem. If Allah swt tests you, there must be a reason behind it, and there must be a logical solution to it.
Third, seek someone that you can trust and talk to about the depression and problems that you are facing. Make sure choose only those who you think can help you, and avoid those with bad habis of making the situation worst and fourth, relax, clear your mind and think and list the possible solution that you could take to solve the problem. Think of it like a puzzle, you need to solve it one by one, so that in the end, you can get the whole picture that you can be satisfied with. InsyAllah, you will be fine.

Istimewa,
TAZKIRAH,
untuk Hatimu dan Imanmu,
Yang Dicintai KeranaMu,
친구
Subscribe to:
Posts (Atom)