Tuesday, September 28, 2010

Ingat! Kita semua telah berjanji!



"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang)anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman)
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?"
Maka, mereka menjawab,
"Betul(Engkau Tuhan kami), kami beraksi"
(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kami tidak mengatakan
"Sesungguhnya ketika itu, kami lengah terhadap ini""

- Al-A'raf: 172 -

Alastu birabbikum?
Qalu bala syahidna!


"Atau agar kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya, nenek moyang kami telah mempersekutukan Allah sejak dahulu lagi, sedang kami keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang (dahulu) yang sesat?""

- Al-A'raf: 173 -


A: "kata orang dulu2...."
B: "dulu, orang tua2 selalu....."
C: "ni dh buat bertahun2 dah...dr nenek moyang lagi..."

D: "jadi, apa yang membezakan awak semua dengan mereka2?
Jika depa semua masuk neraka, hampa pun nak ikut juga?
Jika perkara ini mensyirikkan Allah swt, awak semua masih ingin mengikut orang dulu2?
Ingat! awak semua telah berjanji. Berjanji sumpah dengan Allah swt, bahawasanya, kamu telah bersaksi, bahawa Allah swt itu adalah rabb mu!"

Saturday, September 25, 2010

Jala yg penuh / kosong?

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi



seronok bukan mempunyai anggota badan yang sempurna. Rupa paras yang cantik. Mata yang bersinar, tangan yang mampu memegang dan menaip, dan kaki yang mampu duduk dan melangkah.

Sesungguhnya, badan seseorang dengan sekalian anggotanya merupakan alat hidup untuk bekerja dan beramal. Maka alangkah bahagianya seandainya alat itu dapat melaksanakan tugasnya. Tidak mengapa jika alat itu rosak atau binasa, jikalau sudah sampai masanya, asalkan dia telah ada hasilnya.



Sebagaimana yang telah digambarkan oleh Imam Al-Ghazali dalam tulisannya yang sangat bernilai..:

"Sesungguhnya badan anak Adam adalah diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik. Apabila ia berjaya dalam tugasnya ini dan kemudian mati, maka sudahlah mencukupi; tidak memerukan kepada jala itu lagi. Dan jala itu adalah seperti badan yang telah dipisahkan oleh mati."

Ingatlah bahawa memang tiada seorang manusia pun apabila dia telah mati, habislah segala keinginannya kepada dunia. Apa yang sangat diingini ialah amal-amal saleh yang menjadi bekalannya dikuburnya. Apabila ada bekalan itu, terasalah kekayaannya; tidak ingin kepada yang lain lagi... (seronoknya!!)

tetapi, sekiranya dia tidak mempunyai bekalan tersebut, maka dia akan menuntut unutk kembali ke dunia untuk mengambil bekalannya. Alangkah malangnya! Jala tadi itu, telahpun diambil daripadanya kemudian dikatakan kepadanya: "Wahai manusia, Jauhlah! Segala-galanya telah berlalu."
Maka tinggallah dia terpegun, tercengang selama-lamanya di atas kecuaiannya mengambil bekalan sebelum jala (badan) itu diambil daripadanya. Kerana Rasulullah saw pernah bersabda:
"Pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau"

- astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... -
sekiranya Rasulullah saw yang maksum itu beristighfar sebanyak 80x sehari, masakan kita yang bergunung-gunung dosa ini?... astaghfirullah...

wallahu 'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...