Lucu sebenarnya. Kadang kala kita merasakan yang kita tidak mampu mahupun berupaya untuk melakukan sesuatu diluar kebiasaan kita. Being outside of our comfort zone feels odd, anxious, nervous and most of the time, it causes us to be at the edge, physically and emotionally. Namun, oleh kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, perlu kita lalui, tiada lagi cara lain yang boleh kita lakukan melainkan menempuhinya dengan bismillah. Allah yang memberi ujian ini, pasti Allah membantu kita mengharunginya dan insyAllah dengan redha Allah, kita boleh!
Menulis dalam bahasa adalah satu perkara yang janggal untuk diri saya. Terasa pelik. Namun, apabila diminta untuk perkenalkan diri dalam bentuk pantun, terasa seperti disambar petir dan genjatan eletrik. Apatahlagi permintaan tersebut berlaku dikala amanah yang banyak perlu diselsaikan. SubhanAllah... Maka dikongsikan rangkap-rangkap pantun yang diinspirasi dari Surah Asy Syams.
Indahnya Matahari dan cantiknya bulan,
Semuanya adalah ciptaan Allah,
Assalamualaikum, salam perkenalan
Nama saya *********
Masak lomak cili api,
Saya dari ***** Nogori.
Bila siang jelas nyata,
bila malam gelap gelita,
Ini adalah kali pertama,
Saya dilantik menjadi Penolong Setiausaha
Lihatlah langit kukuh yang Allah bina,
Indahnya hambaran bumi penuh dengan makhluk-makhluknya,
Saya asal dari Johor negeri tercinta,
Mempunyai keturunan Jawa, cina dan Utara.
Sempurnanya kejadian manusia,
Boleh berfikir, memilih dan mengira,
Menamam pokok dan menjahit adalah hobi saya,
Di waktu lapang bila ada masa.
Pelbagai makhluk Allah cipta,
Datang sekali dengan ujiannya,
Kes Covid 19 semakin ramai yang kena,
Saya doakan semuanya dikurniakan kesihatan dengan sempurna.
Bulan Ramadhan hampir tiba,
Semoga para ibu kuat mengharunginya,
Menggapai taqwa dan redha Allah tujuan utama,
semoga akhirnya kita semua masuk syurga.
Anak2 berlari bermain bersama,
Membesar riang dalam didikan ibu ayah,
Semoga menjadi imam kepada orang-orang bertaqwa,
dalam relung tarbiyyah islamiyyah.
Wanita bekerjaya, mahupun suri rumah,
semuanya sama di sisi Allah,
tiada yang membezakan kita,
kecuali keimanan & ketaqwaan kepada Allah
Sekian saja dari saya,
doakan saya sihat dan kuat,
maafkan saya jika ada silap dan salah,
mohon tegur dan berikan nasihat.
No comments:
Post a Comment