Tuesday, March 30, 2010

Al-Kisah

Pada suatu hari, seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas, yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu, dia melakukan kerja di dalam kebun itu. Ada pokok yang dicabutnya, dan ada yang ditanam.




Kemudian, seorang lelaki lain masuk juga ke dalam kebun itu, dia berkata kepada dirinya: "Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya".

Dia terus mencari-cari pemilik kebun tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi, lelaki itu tidak menendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengkut arahan yang diberikan.

SEKARANG, SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI UPAH??



1) Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran, dan melanggar perintah/arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya. Walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?

_"Dan Kamu tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik) lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan" (Al-Furqan : 23)_

lihat juga surah Ibrahim: 18, Surah An-Nur: 39

2) Atau pemuda yang kedua, yang masuk ke dalam kebun tersebut, mencari pemiliknya, dan mendengar segala arahan pemilik tersebut?




Sudah tentulah, jawapannya, pemuda yang ke-dua. Dan begitulah juga alam semesta dan segala yang ada di dalamnya. Semuanya adalah milik Allah swt. Manakala para Rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah swt. Orang yang beriman adalah orang yang melakukan amalan yang berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yang menggunakan segala milik Allahs swt tanpa keizinan dan petunjuk-Nya, sera pada masa yang sama menentang para Rasul-Nya...

Maka, jadilah kita sebagai pemuda ke-dua... yang mengenali Rabb-nya, beramal kerana Tuhannya dan hidup dengan menunaikan segala perintah darinya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...