Wednesday, July 8, 2009

bulatan gembira


"
Kipas yang berputar di atas kepala meniupkan angin sepoi-sepoi bahasa. Lantai yang dialas tikar berwarna hitam coklat menampakkan keanggunan ruang tamu itu. Walaupun dikelilingi sofa-sofa yang amat selesa, kami memilih untuk duduk bersila sambil lutut bersentuh di antara satu sama lain. Beginilah rutin kami setiap minggu. Hari-hari yang lain sering dipenuhi dengan acara-acara dunia, namun tetap berusaha untuk meluangkan masa untuk mendidik hati dan jiwa untuk Allah swt. Di saat ini, semuanya sudah bersiap sedia dengan alatan masing-masing untuk mencatat ilmu-ilmu baru yang akan disampaikan. Setiap daripada kami dilengkapi dengan Al-Quran terjemahan di tangan. Kesemuanya sungguh bersemangat sekali. Setelaah selesai, kesemuanya senyap memerhatikan naqibah kami.

Kak Ina memecahkan sunyi
"
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil alamin, nahmadhu wanasta'inuhu, wanastaghfiruhu, wanauzubika min syururi anfusina, wamin sayyiayaatina birahmatika ya arhaman rahimin...

mari kita membuka majlis kita dengan umul quran al-fatihah~"

Tangan kami diangkat dengan penuh rasa keabdian. Menyedari akan betapa kerdilnya hamba ini yang tidak mempunyai apa-apa dan sangat lemah di hadapan Allah swt. MasyAllah...astaghfurullah...Kami membetulkan niat, akan tujuan sebenar kami hadir pada har ini. Bukan kerana untuk mendapatkan pujian daripada sesiapa pun, mahupun menunjuk-nunjuk. Tetapi, adalah untuk mendapat keredaan Allah swt. Kerana kami semua ingin melakukan amal dan ibadah hasil dari perasaan cinta dan sayang kepada Allah swt...

Kak Ina sambung lagi
" Alhamdullillah, wahai adik-adikku, beginilah suasana kita di akhirat nanti. Saat-saat inilah yang akan menjadi saksi di kala akirat kelak. Kita akan duduk di atas dipan-dipan yang indah dan cukup selesa. Kita akan bersembang-sembang di antara satu sama lain, menceritakan kembali kisah-kisah sewaktu kita hidup di dunia. Bagaimana kita telah duduk bersama-sama, solat bersama-sama, mahupun beramal bersama-sama untuk mendekatkan diri kerana Allah swt. Perasaan bahagia yang tidak terhingga ketika berada di dalam syurga. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya..masyAllah...

Para malaikat juga berada di antara kita untuk turut serta dalam majlis-majlis ilmu seperti ini. Mereka akan menjadi saksi akan kehadiran kita, sambil mendoakan akan kesejahtaraan kita. Sungguh beruntung sekali..."

Mata kami berkaca. Indah sungguh suasana tersebut. Hati kami bergetar dengan keinsafan dan kebahagiaan. Tidak kami sangka sungguh beruntung golongan-golongan yang sering beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Hanya dengan nikmat duduk bersantai di atas dipan-dipan telah melukiskan gambaran yang cukup indah di dalam minda. Namun, keadaan dan suasana yang sebenar sudah tentu lebih indah dari itu. Kerana nikmat syurga adalah suatu nikmat yang jauh lebih indah dari apa yang kita pernah kita ukirkan di atas kepala. Keindahannya tidak dapat digambarkan hanya dengan perkataan mahupun berdasarkan pengalaman. Jika kita merasakan dunia ini bagaikan syurga. Maka kita telah salah.

Rasulullah saw penah meibaratkan dunia ini seperti bangkai yang telah busuk dan penuh dengan ulat. Sungguh hina dan tidak berguna. MasyAllah... Namun mengapa ramai lagi yang mengejar-ngejarkan dunia yang cukup hina ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...