Tuesday, March 30, 2010

Al-Kisah

Pada suatu hari, seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas, yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu, dia melakukan kerja di dalam kebun itu. Ada pokok yang dicabutnya, dan ada yang ditanam.




Kemudian, seorang lelaki lain masuk juga ke dalam kebun itu, dia berkata kepada dirinya: "Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya".

Dia terus mencari-cari pemilik kebun tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi, lelaki itu tidak menendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengkut arahan yang diberikan.

SEKARANG, SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI UPAH??



1) Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran, dan melanggar perintah/arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya. Walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?

_"Dan Kamu tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik) lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan" (Al-Furqan : 23)_

lihat juga surah Ibrahim: 18, Surah An-Nur: 39

2) Atau pemuda yang kedua, yang masuk ke dalam kebun tersebut, mencari pemiliknya, dan mendengar segala arahan pemilik tersebut?




Sudah tentulah, jawapannya, pemuda yang ke-dua. Dan begitulah juga alam semesta dan segala yang ada di dalamnya. Semuanya adalah milik Allah swt. Manakala para Rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah swt. Orang yang beriman adalah orang yang melakukan amalan yang berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yang menggunakan segala milik Allahs swt tanpa keizinan dan petunjuk-Nya, sera pada masa yang sama menentang para Rasul-Nya...

Maka, jadilah kita sebagai pemuda ke-dua... yang mengenali Rabb-nya, beramal kerana Tuhannya dan hidup dengan menunaikan segala perintah darinya...

Saturday, March 27, 2010

Nikmatnya... Alhamdulillah...



ketika kenikmatan itu dikongsi bersama, alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... mereka bersama-sama. Kini aku pengerti kata-kata ini:

Hadir membawa keinginan yang tinggi

Keinginan untuk melihat cahaya menerangi hati-hati

Hati-hati yang kering menanti dibasahi hidayah dari Ilahi

Namun sungguh sukar terasa, sukar untuk diterjemahkan keinginan ini

Sukar untuk menterjemah keindahan ini, keindahan hidup senantiasa berada di bawah naungan ilahi

Melangkah terusku melangkah…Berubah terus ku berubah seiring keinginanNya, Tuhan Semesta Alam…

Sehingga akhirya ku menemui kamu

Menemui jiwa-jiwa yang akhirnya bisa aku berkongsi keinginan ini

Bisa berkongsi cinta dan keindahan yang sungguh kuat di hati ini

Cinta akan Ilahi, cinta yang menjadi obor penyerah jalan hidupku…

Yang aku harap dikau juga dapat merasainya sepertiku…

Penyerah ke arah mana hidup ini…

Untuk apa hidup ini dan perjuangan apa yang harus dilalui sepanjang hidup ini…

Namun kini, sujud aku penuh syukur….tak terkata…saat melihatmu sendiri dapat
mengalaminya…

Saat melihat kamu sendiri sepertiku, turun menyinsing lengan baju membantuku untuk
mendokong kerja ini…

Sungguh hidayah itu datang dari Allah, Yang Maha Memiliki Hidayah dan memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya…

Setinggi kesyukuran selayaknya bagiNya yang lebih berhak di atas segala pujian…

Ingatlah adikku, bertemunya kita kerana cinta, berpisahnya kita kerana cinta…kerana cinta kita yang satu kepadaNya yang Maha Esa.

Kerana cinta kita kepada Ar Rasul, menyambung mata rantai perjuangannya yang terus disambut megah mereka yang sanggup…

Sanggup untuk mencabut dunia dari hatinya dan memenuhinya dengan cinta hanya kepada Allah…sanggup untuk menyerahkan segalanya kerana redha Allah semata…

Teruskan walau tanpaku disisi kerana masih banyak lagi hati-hati gersang yang sedang menanti ingin disirami sinar iman suci hadiah dari Ilahi buat mereka yang ikhlas berusaha mendapatkannya. Sekurang-kurangnya ada jawapan dihadapanNya nanti akan apa yang telah dilakukan untuk agamaNya, apa yang telah dilakukan untuk menyeru hambaNya yang sedang lalai…

Bina dirimu menjadi seperti Anas bin Malik, seperti Abu Bakar, seperti Umar, seperti sahabat-sahabat Ar Rasul yang lainnya saat Baginda wafat.

Mereka adalah bintang-bintang bergemerlapan, panduan menongkah cabaran di jalan ini…ikutilah jejak mereka…

Teruskan berusaha, teruskan bekerja, kerana gerabak ini akan terus berlalu samada dengan atau tanpa kita…

Dokonglah risalah ini, di mana sahaja kamu berada…kibarlah panji ini di setiap pelusuk…

Doa senantiasa ku panjatkan agar kita bisa terus bersama-sama dengan gerabak yang terus berjalan ini…

Agar kelak bisa ketemu di atas dipan-dipan syurga, bersama-sama tunduk sujud di hadapanNya dengan hati yang penuh redha dan diredhaiNya…

Maafkan khilafku, maafkan kelemahanku selama kita bersama, semoga saat kita bersama bisa kita kenang kembali di syurga nanti insyaAllah…

Tuesday, March 23, 2010

Mahukah anda menambahkan pahala anda?

TABUNG PEMINDAHAN BUAH PINGGANG ABDULLAH ABDUL RAHMAN.


Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM215,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Abdullah di China pada bulan April 2010 ini.



Latar belakang Abdullah

Abdullah Abdul Rahman berusia 30 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan seorang jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Manchester, UK. Beliau sudah berkahwin dengan Dzilal bt Abdul Aziz dan mempunyai seorang cahaya mata.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Abdullah telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada Februari 2009. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.

Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).


Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Abdullah menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Abdullah dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.


Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 564490210905
b. Sumbangan atas nama : Abdullah bin Abdul Rahman
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En. Abdul Rahman Hussein 012 – 2053484
Pn. Noriah Jusoh 019 – 2692441
I.r. Abdul Aziz Omar 016 – 6654212
Pn. Kerisisiah Mohd Daud 019 – 5769272
Pn. Dzilal Abdul Aziz 016 – 4101607

Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

--------------------------

semoga anda semua diberkati Allah swt. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada anda dan kita semua... Alhamdulillah... maka, gunalah nikmat tersebut untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah swt...

Monday, March 22, 2010

aku maafkan...

Kehidupan di dunia, adalah seperti SUDOKU...



kita perlu menyelesaikan garisan ke atas, garisan mendatar dan satu (3x3)kotak, kesemuanya mestilah berbeda, dan tidak bisa satu nombor pn yang sama dengan nombor yang lain pada setiap garisan dan kotak tersebut. Maka, si pemain, harus berhati-hati supaya kesalahan ini tidak terjadi.

Sama seperti hidup manusia, yang harus menjaga setiap hubungan antara, manusia dan Allah swt, manusia dgn manusia, dan manusia dan manusia di sekitarnya...

bukan mudah untuk menjaga kesemua hubungan ini, namun ia bukanlah "impossible". Dan kadang kala, antara semua hubungan ini, hubungan dengan manusia adalah yang paling susah, kadang kala, cukup memeritkan. Namu, bukankah Allah swt itu maha Penyayang? Tidak dijadikan manusia di sekeliling kita sebagai sia-sia. Tidak juga dijadikan manusia2 yang sering mendengki dan bermusuh sebagai sia-sia. Mesti ada hikmahnya bukan?

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia." (QS 41:34)

Mungkin inilah ujian Ar-Rahman kepada hambaNya. Sejauh manakah kesabaran kita dapat bertahan berbekalkan keimanan yang bertahta di dalam hati. Sedih? Mungkin.
Namun, Allah swt itu maha Adil, mungkin si dia menzalimi diri anda, namun adakah anda juga ingin menzalimi kembali si dia. Maka, apakah berbezaan anda dengan si dia.

Ingatkah dahulu Rasulullah saw juga di uji. Bagaimana para kafir quraisy menyebarkan fitnah. Dan bagaimana penduduk taif melemparkan batu-batu kepada baginda, sedangkan mereka tidak pun memberikan peluang kepada baginda untuk memberi penjelasan. Sehinggakan para malaikat terasa ingin menjatuhkan gunung2 keatas mereka. Namun, Rasulullah saw tetap bertahan, dan bersabar. Betapa kuatnya iman dan kesabaran Rasulullah pada ketika itu, walaupun dizalimi sehingga bercucuran darah mengalir di wajahnya...subhanAllah...

Maka, mari kita semua mengambil pedoman dari seorang sahabat Rasulullah saw, yang telah dijanjikan syurga. Padahal, amal ibadahnya, biasa sahaja. Namun, sahabat tersebut sering memaafkan setiap manusia yang pernah atau akan melakukan kesalahan padanya. Hatinya tidak dibebani dengan perasaan dendam, apatah lagi dengki. Menjelang tidurnya, sebelum mata ditutup dan roh ditarik, dia berusaha untuk membersihkan hatinya, dan memaafkan kesalahan orang lain. SubhanAllah...



Maka inagtlah wahai saudara-saudara seislamku...
"...Dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan Tuhanmu Maha Melihat" (Al-Furqaan: 20)

Thursday, March 4, 2010

Hidup utk memberi sebanyak2nya

"Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya." - Laskar Pelangi

"Hidup di dunia ini juga adalah realiti, namun ia bukanlah hakiki.."


dan dalam hidup ini, terlalu banyak yang perlu dihadapi. pelbagai liku yang perlu diharungi, dan pelbagai duri yang perlu kita berhati-hati. Tidak kira panis atau manis, sememangnya, Allah swt sudah menentukannya untuk setiap hambaNya.

Jika ianya terasa pahit, carilah kemanisan disebaliknya, jadikan ianya pengajaran dan perbaiki kesilapan yang ada, sebagai pengalaman di masa hadapan.

Jika ianya manis, ingatlah, bahawa ianya kebahagiaan dunia, yang hanya bersifat sementara. Sebaliknya, perbaiki lagi untuk lebih cemerlang. Seorang hamba yang mendambakan kasih sayang Rabbnya, seharusnya tabah, sabar dan kuat...



Bangun dari kesedihan yang meninggalkan dirimu terkapai-kapai hanyut jauh dari dasarnya. Carilah pantai yang bisa menenangkanmu. Carilah Allah swt yang bisa menenangkanmu, carilah ayat-ayat cinta yang bisa membasahi hatimu yang gersang dan carilah sunnah yang bisa memberikanmu kekuatan untuk beramal :)

"Dan carilah pahala di negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan bernuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" - (Al-Qasas: 77)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...