Thursday, July 23, 2009

MenCintaimu??

...Bismillahirrahmanirrahim...

Allah mencintaimu dengan nikmat, namun mengapa membalasnya dengan maksiat??

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur : 31)



Muslimahku sayang, sedarilah bahawa hadirmu di dunia amat bermakna. Bukan sekadar hiasan, tapi dirimu yg akan membentuk generasi akan datang. Sedarilah juga duhai muslimah, bahawa kelembutanmu bukan utk Adam yg tidak mempunyai hak ke atasmu.

Sesungguhnya, Allah sayang dan kasih pada dirimu wahai Muslimah..pandanglah, hayatilah kurnia Allah dengan mata hati. Sungguh indah ketetapanNYA buat
kita..hanya kita yang tidak mahu menerima

Post ini bukanlah untuk menyindir atau pun mengata, cuma ia adalah satu peringatan sebelum diri ini diambil Allah swt. Perbuatan dan juga tingkah laku yang diharamkan Allah swt, tetap akan menjadi haram. Dosa tetap juga dosa. Apa yang berlaku di hadapan mata, amat menyakitkan hati dan iman. Terasa berdosa pada Yang Maha Esa, jika tidak ditegur.



Maka, bagi pembaca yang setia, lihatlah diri mu, ketuklah pintu hatimu, tanyalah imanmu. Dimanakah kamu disisi Allah swt? Hidupmu hanya sementara. Setiap detik yang berlalu, setiap saat yang meninggalkanmu, adalah sia-sia jika tidak digunakan untuk mengingati Allah swt mahupun ntuk mencintai Allah swt dan RasulNya. Sesungguhnya, ituah yang selayaknya. Walaupun sering dilafazkan dimulutmu akan cinta padaNya, namun adakah hati benar-benar membenarkannya? Atau ia hanyalah omongan kosong semata-mata. Ingatlah, "Setiap yang hidup pasti akan mati". Gunalah masa yang sangat pendek ini untuk mencintai Allah swt dan Rasulnya. Bencilah dunia yang hina, kerana ia akan kamu tinggalkan suatu hari nanti.


Orang yang kamu cinta, harta yang kamu cinta, dan hidupmu yang kamu cinta. Semuanya adalah kebahagiaan sementara. Ingatlah wahai sahabatku, kamu akan dihisab suatu hari nanti. Apakah yang akan kamu bawa? Dosa? Dosa? Dosa? dimanakah pahalamu?


Tidak wahai sahabatku...jangan sekali-kali menyiksa dirimu diakhirat kelak. Allah swt adalah Maha Adil. Allah masih lagi memberimu masa. Cukup masa untukmu bertaubat. Sujudlah padanya dengan perasaan hina dan berdosa. Mintalah padanya dengan hati yang khusuk dan seiklas-ikhlasnya. Tinggalkan maksiatmu, mintalah keampunan akan dosa-dosamu. berhentilah...berhentilah...berhentilah....

hanya ini yang mampuku lakukan. Selebihnya adalah tanggungjawabmu. Kamu mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk dirimu. Maka, janganlah kamu menutupi kebenaran ini lagi. Bukalah pintu hatimu seluas-luasnya. Lihatlah nikmat yang Allah swt telah berikan padamu. Siapakah yang patut kamu cinta? Siapakah yang patut kamu sayang? Siapakah yang patut kamu dahulukan?

...ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala deenik wa tho'atik...

p/s Maafkan ku jika ada yang terguris mahupun sakit hati. Namun, aku tidak mahu berasa bersalah dihadapan Allah swt...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...