Wednesday, June 10, 2009

sambungan~

Setiap manusia tidak mengetahui bila saat kematiannya akan tiba. Disinilah manusia dikatakan cerdik. Yakni, mereka yang selalu mengingati mati dan sentiasa berusaha untuk memperhebatkan amalannya kerana Allah swt. Adalah sangat rugi dan bodoh seseorang itu jika mengingati mati, namun masih lagi alpa dan tidah terus berusaha untuk memperbaharui amalannya...nauzubillah...perkara yang sama ditujukan pada yang menulis juga~
.
Pelikkan? Namun, inilah realiti hidup. Ia telah tercatat dalam Al-Quran dan tiada lagi keraguan di dalamnya. Cara dan masa kita mati mungkin berbeza dan mungkin juga dengan cara yang kita tidak sangka-sangka.

.
1.Mungkin sedang bermain bola, kena tackle, dan kamu jatuh. Kepala terpusing 360 darjah. Kamu mati.

2. Mungkin kamu sedang shopping. Nak ambil jar peanut butter, tapi semua jar kaca jatuh atas kamu. Serpihan kaca menerobos masuk dalam kepala kamu. Kamu mati.

3. Mungkin kamu dalam bilik air. Sedang shampoo. kamu basuh rambut dan tutup mata sebab pedih buih shampoo masuk mata. Kaki kamu terpijak sabun buku dan kamu tergelincir jatuh, kepala menghimpap lantai. Kamu kehilangan banyak darah. Kamu mati.

4. Mungkin kamu sedang membawa kereta dengan tenang. Tetapi tanpa kamu sedar ada landslide di hadapan. Pemandu lain panik dan hilang pertimbangan dan membawa kereta mcm bangang dan melanggar kamu tanpa belas kasihan demi menyelamatkan nyawa mereka. Kamu tersepit dibawah tayar bas mungkin. Kamu mati.

5. Mungkin kamu sedang bekerja di sebuah syarikat di dalam sebuah bangunan tinggi. Bangunan itu runtuh, dan kamu turut hancur bersama batu-batu yang membina bangunan itu. Kamu mati.

6. Mungkin kamu sedang belajar di dalam kelas. Budak diblakang kamu memanggil kamu tapi kamu tak dengar. Lalu budak itu menarik tudung kamu. Pin tudung dileher kamu terbuka dan mencucuk leher kamu dalam. Urat-urat leher putus. Kamu mati.

7. Mungkin kamu sedang berenang dipantai. Kamu asyik sampai masuk ketengah laut. Bila kamu mahu berenang ketepian, kamu sudah terlalu letih dan akhirnya badan kamu sudah tiada daya. Kamu hanyut ke dalam, menghirup air. Lemas. Kamu mati.

8. Mungkin kamu sedang memasak. Silap gaya kamu minyak panas tercurah atas kamu. Kulit kamu binasa. Kamu tak dapat menerimanya. Lalu kamu bunuh diri. Kamu mati.

9. Mungkin kamu sedang tenang membaca post ini. Lalu Allah menarik nyawa kamu.

half creadit to kak isya
Mati itu pasti.

wallahu 'alam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...