Wednesday, June 10, 2009

Mati itu Pasti~

~Bismillahirrahmanirrahim~

Kenapa mula dengan mati? Gila ek?
.
Nope. Bukan gila. Namun, kesedaran pada mati adalah titik permulaan untuk kita mulakan langkah untuk hidup. Percaya? Dan dengan mengingati kematian, akan mendorong kita untuk melakukan amal soleh~
.
Mati itu pasti. Mengapa? Kerana setiap manusia akan merasai mati, sama ada kita menginginkannya atau tidak. Telah tercatat di dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 185:
.
"Setiap yang bernyawa itu, pasti akan merasai mati"
.
.
Namun, tujuan mengingati mati itu bukanlah untuk menghancurkan kebahagiaan kita di dunia. Tidak...Allah swt itu maha adil~
Islam sangat menggalakkan manusia untuk mengingati mati supaya ia menjadi satu pendorong untuk mengaktifkan lagi amal soleh dan kebaikan. Untuk Apa?
Tidakkah kita sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita yang sementara. Tempat persinggahan yang memberi ruang dan masa yang cukup untuk kita beramal soleh dan menambah saham pahala kita? Sedangkan akhirat itulah yang sebenarnya matlamat hakiki?
.
Rasulullah saw ada bersabda:
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk
bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi ridha Tuhannya. Dan celakalah
hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari
(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperolehi ridha
Tuhannya”(HR. al-Hakim).
.
Dunia ini ibarat sawah ladang untuk bekalan kita di akhirat. Setiap dari kita akan menuai amalan masing-masing dan hanya hasil yang banyak sahaja yang layak untuk memasuki syurga. Adil bukan?
.
Oleh kerana itu, hanya orang-orang yang cerdik pandai sahaja yang akan merancang kehidupannya di dunia supaya ia berupaya untuk berjaya di akhirat. Bagaimana?
Sekali lagi Rasulullah saw bersabda:
“ Orang yang sempurna akalnya (yakni yang cerdik dan pintar) ialah orang
yang suka memeriksa (mengoreksi) dirinya sendiri di samping banyak beramal
sebagai bekalan untuk menghadapi selepas matinya. Adapun orang yang lemah
(yakni yang bodoh) pula ialah orang yang selalu mengikut runtunan hawa nafsunya
dan ia berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal”).
(HR. Al-
Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah).
.
to be continued~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...