Sunday, August 1, 2010

Aku pohon cinta...?!




Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

SubhanAllah, sehingga Rasulullah saw juga memuji Nabi Daud a.s sebagai manusia yang sentiasa mendambakan cinta kepada Allah swt dan hanya mengharapkan cinta Allah swt melebihi cinta lain.



Mari kita lihat dengan lebih detail.

Part 1: Memohon cinta Allah swt

Sememangnya dalam doa kita pun, mesti ada adab-adabnya, kerana kita ingin meminta sesuatu daripada Tuhan kita. Maka, mestilah dengan cara yang lembut:
1) Membaca bismillah dan memuji Allah swt
2) Berselawat keatas Rasulullah saw
3) Memohon keampunan akan dosa-dosa yang kita lakukan
4) Permintaan kita

Makanya, jika dilihat dalam doa Nabi Daud, baginda telah menyusun doanya dengan baik sekali. Baginda faham bahawasanya tiada satu cinta pun yang patut diutamakan dan diharapkan kecuali cinta Allah swt.
Baginda tidak peduli jika tidak memiliki cinta manusia, namun baginda berjaya untuk peroleh cinta Allah swt. Sebabnya adalah suci, apabila kita mencintai Allah swt, maka segal apa yang ada di langit dan di bumi ini juga akan mencintainya, kerana Allah swt adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berbeza dengan cinta manusia. Ia tidak akan memberi sebarang jaminan cinta kepada Allah swt. Kerana itu, Nabi daud tidak menyebut cinta manusia di awal doa, tetapi menyebut cinta kepada Allah swt yang menjadi keutamaan.

Dari Nabi Muhammad saw bersabda
"Apabila Allah swt mencintai seseorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril
'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia'
Maka Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit,
'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka kalian cintailah dia'
Maka penghuni langit pun mencintainya. Kemudian ditanamkan cinta penghuni Bumi kepadanya"
- Bukhari: 5580 -



Makanya, sekiranya kita mencintai Allah swt, seluruh penghuni langit dan bumi akan mencitani dirimu...

Part 2: Memohon cinta orang-orang yang cinta kepada Allah

Mengapa Nabi Daud memohon cinta-cinta orang yang beriman? Ini adalah kerana Baginda mengetahui bahawasanya mereka-mereka yang beriman dengan keimanan yang sejati, sudah tentunya sangat layak untuk mendapatkan cinta daripada Allah swt.

Hal ini berkait rapat dengan sifat Al-Wala’ dan Al-Bara’. Al Wala’ bermaksud ‘Loyalty’ kepada Allah swt dan juga Rasulullah saw. Manakala Al-Bara’ pula adalah berlepas diri, dari kuffar dan juga munafiqun. Sudah tentu, apabila seseorang itu mempunyai Al-Wala’, segala amalan, badah, pekerjaan semuanya hanya bertujuan semata-mata kerana Allah swt, dan melaksanakan segala perintahNya, sementara menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh teladan untuk melakukan perintah-perintah tersebut dengan sempurna.

Kerana itu, pada bahagian ke-dua, Nabi Daud memohon doa untuk dipertemukan dan ingin bersama-sama dengan orang-orang ynag beriman dan juga mempunyai kecintaan kepada Allah swt.

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda
‘ Ruh-ruh manusia dicipta seperti prajurit berbaris. Maka, yang mana saling kenal antara satu sama lain, akan bersatu dan mana ynag ingkar antara satu sama lan, akan berpisah’”
-Muslim: 4733-

Part 3: Mohon ditunjukkan amalan-amalan yang dapat mendatangkan cinta Allah swt

Pernahkah terasa khuatir sekiranya perbuatan-perbuatan yang kita lakukan bias untuk mendatangkan kemurkaan Allah swt?
Atau pernahkah anda mempunyai niat yang baik untuk melakukan sesuatu, tetapi amalan tersebut dilakukan dengan ‘caca merba?’ Bolehkah kita berniat untuk solat, bertemu dengan Allah swt, tetapi solat kita hanya tonggang tonggek yang tidak member apa-apa kesan terhadap hati kita?
Kerana sebab-sebab inilah Nabi Daud a.s. memohon supa kekhuatiran ini dapat dihapuskan, dengan meminta ditunjukkan amalan-amalan kebaikan yang dapat mendatangkan cinta Allah swt.
Kerana itu, di dalam surah Al-Imran, ayat 146, yang terjemahannya:
“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. “
Dan antara orang-orang yang beramal dan mendapat cinta daripada Allah swt, ialah orang-orang yang bersabar


Part 4: Cinta Allah swt diutamakan

Nabi Daud a.s, sangat peduli dan sangat mengutamakan cinta Allah swt. Dan kerana itu, baginda memohon supaya cinta Allah yang didambakan tersebut dapat melebihi cintanya kepada keluarganya dan juga air yang dingin.

Mengapa keluarga?


Ini adalah kerana, kadang kala, akan ada waktu dimana kita terpaksa untuk membuat pilihan antara keluarga mahupun prinsip hidup(yaini prinsip hidup Islam). Maka yang mana harus dipilih dan ‘be given priority’? Kita terlalu sayang kepada keluarga kita, sehingga ke satu tahap dimana kita terpaksa meletakkan prinsip Islam atau perintah Allah swt di tempat yang ke-2. Bolehkah begitu? Sanggupkah kita mengingkari Tuhan yang telah menciptakan kita, dan juga ahli keluarga kita?

Kerana itu, Nabi Daud a.s. telah meminta untuk menjadikan hatinya untuk sentiasa mendahulukan dan mengutamakan cinta yang hakiki kepada Allah swt, melebihi ahli keluarganya sendiri.

Tetapi, mengapa pula Air Dingin? Mengapa tidak harta, kuasa atau kekayaan?



Pernahkah anda berada di kawasan padang pasir yang terik? Atau pernahkah bilik anda terasa bahang seperti berada di dalam ketuhar oven? Atau pernahkah anda berdiri di tengah-tengah padang / jalan tar, pada waktu tengah hari yang panas, dimana matahari sedang tegak di atas kepala? Apakah kehendak anda pada waktu itu? Dahaga bukan?
Air yang dingin adalah salah satu nikmat dunia yang sangat indah dan menggoda. Tidak kiralah pangkat ataupun harta, sudah semestinya anda akan menikmati kelazatan air yang dingin bukan?

Ada diantara manusia yang bias mengorbankan prinsip hidupnya asalakan bukan kelazatan hidup di dunia, kerana telah tertanam di dalam hatinya sifat wahnu (takut mati, dan cintakan dunia).

Namun, Nabi Daud a.s. sudah pasti tidak mahu perkara sebegini terjadi, maka baginda sanggup untuk mengorbankan segala-galanya, asalkan bukan mengorbankan cinta kepada Allah swt.

Seperti yang telah Allah swt beritahu di dalam Al-Quran, surah At-Taubah: 24, yang bermaksud:
“ Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. “




Wallahu ‘alam, makanya, mari kita semua tepuk dada, tanya iman. Setakat manakah keimanan dan kecintaan kita kepada Allah swt?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...