Wednesday, July 28, 2010

A Morning Person



Sepertinya, menjadi satu tabiat bagi para pemuda untuk tidur di sebelah pagi dibandingkan pada sebelah malam. Ada yang menyatakan "Life start at 12am."

Sesungguhnya, Allah swt telah menjadikan waktu pagi sebagai waktu yang sangat istimewa. Diindahkan dengan terbitnya fajar sadik di ufuk timur, kokokan ayam yang bersahut-sahut, kicauan unggas dan nyanian burung mendayu-dayu kerana gembira akan kedatangan matahari.

Justeru, mari kita bertanya pada diri kita, sepagi mana anda mula bekerja?
Ada yang bangun selepas matahari tegak di atas kepala, ada yang tidak tidur seharian, tetapi, yang paling baik adalah mereka yang bangun sebelum awan subuh dikumandangkan.
Untuk bangun sebelum subuh, anda perlu tiidur awal, sebelum pukul 12. Dan hanya cukup dengan 5 jam, anda mempunyai tenaga yang cukup untuk menampung pekerjaan yang akan dilakukan seharian.

TIPS untuk BANGUN SEBELUM SUBUH
1) Set jam anda 10 minit sebelum masa yang anda kehendaki.
ie: andan ingin bangun pada 5.30, tapi set jam anda pada 5.20

2) Letakkan jam / telefon bimbit tersebut jauh dari katil, supaya anda perlu bangun untuk menutupnya.

3)Set ringtone/amaran jam yang nyaring dan membingitkan telinga.

4) Kemaskan cadar dan bantal sebelum menutup jam - supaya berasa lebih cerdas

5) bangun pada masa yang sama walupun ia adalah hari cuti

6)Tidak menyambung tidur selepas bangun, walaupun tiada apa yang ingin dilakukan

7) Sarapan pagi

8)Padamkan lampu 15 minit sebelum tidur, supaya ada masa yang cukup untuk bermuhasabah diri dan berdoa

9) Jangan minum minuman yang bergula atau bersusu sebelum tidur - ia akan menyebabkan anda lebih banyak tidur.

10) dua kekuatan diperlukan untuk bangun:
- Anda cukup tidur selama 5 jam
- anda ada kesungguhan diri untuk bangun

Semoga anda menjadi salah seorang yang terpilih untuk bangun pada awal pagi! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...