"Ijlis bina nu'min sa'ah"
marilah duduk bersamaku untuk beriman sebentar.
Kedukut? Bukan dalam kamus hidup seorang daie. Mereka merupakan para mukmin dan muttaqin yang sentiasa ingin berkongsi kemanisan imannya bersama dengan sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya di sekeliling. Tidakkah begitu?
Hati mereka tenang ketika melihat dunia, dan seluruh yang penciptaan langit dan bumi. Indahnya alam ini yang mengingatkannya kepada kuasa Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hidup mereka penuh dengan ketenangan. Wajah mereka sentiasa berseri dengan cahaya iman. Senyuman mereka mampu untuk mengukir senyuman di wajah mereka yang melihatnya. Kata-kata yang keluar dari mulut mereka didahului dengan ucapan Bismillah, semoga semuanya akan mendapat keredhaan Allah swt. Solatnya kerana Allah swt, Ibadahnya kerana Allah swt, dan hidup dan matinya tidak lain hanyalah kerana Allah swt.
"Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu baginya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku. dan aku adalah orang pertama-tama yang berserah diri m(muslim)"" (Al-An'am: 162-163)
Betapa hati mereka mendambakan perjumpaan bersama kekasihnya di akhirat kelak. Itu lah yang menjadi matlamat hidupnya. Ia adalah antara SYAHID atau MENANG! Kerana hidup di dunia ini, tidak lain hanyalah seperti sebuah penjara baginya... Karena sesungguhnya kenikmatan dunia tidak ada apa-apanya bila dibandingkan dengan surga yang akan mereka peroleh. Maka kenikmatan dunia ini dibandingkan dengan surga adalah seperti penjara. Tidakkah begitu?
Maka siapakah daie-daie ini? Mereka adalah ANDA! Jika anda tidak merasai diri anda sebagai daie, maka, berusahalah untuk menjadikan diri anda daie yang bisa menyirami jiwa-jiwa yang gersang. Bagaimana?
Tidakkah Rasulullah saw mendidik para sahabat dengan Al-Quran dan Sunnah? Tidakkak Rasulullah saw memegang hati-hati mereka dengan kalimat-kalimat Allah swt? Pernahkah anda mendengar perkataan Usrah / Halaqah / Majlis-majlis Ilmu? Maka, carilah. Carilah sehingga dirimu bisa mencapai ketenangan abadi sebagai seorang hamba Allah swt, khalifah Allah swt dan juga Daie Allah swt di muka bumi ini...
wallahu 'alam .. khalas~
No comments:
Post a Comment