Sunday, September 7, 2025

Allah Maha Melihat semua keletihan itu, walaupun ia tidak dilihat oleh manusia




"Saya dulu selalu aktif ber-program. Sekarang, apabila berumah tanga, saya jadi jarang ikut majlis ilmu, usrah, program ilmiah. Malah, kadang-kadang pergi usrah pun macam chipsmore. Sebabnya, sibuk menguruskan anak-anak, rumah, sibuk memasak untuk suami dsbg."


Mungkin sebahagian dari kita ingat, dan merasakan ini merupakan sebuah kegagalan. Namun, tidak. Sebenarnya, kita sedang berganti peranan, yang dahulunya lain dan sekarang sudah menjadi ibu, isteri, menantu dsbg. 

Sebenarnya, anda sedang berubah peranan dari satu medan jihad ke medan jihad yang lain. Kita tahu bahawa, mental seorang pejuang itu sentiasa bersedia untuk ditempatkan di mana sahaja sebagaimana kata Nabi Rasulullah saw, 

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:

تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ، وَعَبْدُ الدِّرْهَمِ، وَعَبْدُ الخَمِيصَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ، تَعِسَ وَانْتَكَسَ، وَإِذَا شِيكَ فَلاَ انْتَقَشَ، طُوبَى لِعَبْدٍ آخِذٍ بِعِنَانِ فَرَسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، أَشْعَثَ رَأْسُهُ، مُغْبَرَّةٍ قَدَمَاهُ، إِنْ كَانَ فِي الحِرَاسَةِ، كَانَ فِي الحِرَاسَةِ، وَإِنْ كَانَ فِي السَّاقَةِ كَانَ فِي السَّاقَةِ، إِنِ اسْتَأْذَنَ لَمْ يُؤْذَنْ لَهُ، وَإِنْ شَفَعَ لَمْ يُشَفَّعْ

“Binasalah hamba dinar, dirham, kain tebal dan sutera, jika diberi maka ia redha jika tidak diberi maka ia mencela. Binasalah dan merugilah dia, jika tertusuk duri maka ia tidak akan terlepas darinya. Beruntunglah hamba yang mengambil tali kendali kuda di jalan Allah, rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Jika ia menjaga maka ia benar-benar menjaga, jika ia berada di barisan belakang maka ia benar-benar menjaga barisan belakang, jika ia meminta izin maka ia tidak akan diberi izin, jika ia menengahi maka penengahannya tidak diterima.”

(Riwayat al-Bukhari (2887))

Seorang pejuang itu, ketika dia ditempatkan di hadapan, dia akan benar-benar perform yang terbaik di bahagian hadapan. Apabila ditempatkan di barisan belakang, dia juga akan benar-benar perform yang terbaik di bahagaian belakang, seperti membawa alatan, mengangkat minuman, mahupun bahagian logistik. Dia akan buat yang terbaik dan he/she will perform well. 

Dahulu mungkin kita sering tampil di hadapan, sekarang, hanya di back-end office. Dahulu di spotlight, sekarang di belakang tabir sahaja. 

Ini bukan bagaimana, apa peranan kita sekarang, tetapi, dengan peranan kita itu, kita mahu mengarah ke mana? Ke mana peranan kita sekarang ingin di tujukan. 

Janganlah bersedih wahai para isteri, ibu, mungkin semangat aktif itu tidak sama lagi di awal hijrah, mungkin dahulu kita boleh membaca berhelai-helai Al Quran, mungkin boleh berpuasa sunat setiap minggu dan bulan. Kini, hanya diiringi dengan keletihan dan kesibukan menguruskan dari buka mata sehingga ditutup kembali. 

Not because you are lazy or because you are careless. 

Namun, kerana medan jihad kita sudah berubah. Peranan (role) kita sudah berubah; lebih senyap, tetapi bukan semakin kurang hebatnya / mulianya. Mengurus anak, serve husband, dsbg, ia bukanlah satu penghalang untuk mendapat pahala. Itulah medan jihad kita pada hari ini. 

Seperti para suami yang pergi berdakwah, bekerja atau berprogram, kita juga berjalan ke arah yang sama. Perjalanan ke syurga, dengan semangat bahawasanya Allah Maha Melihat semua keletihan itu, walaupun ia tidak dilihat oleh manusia (even those that are not seen by humans). 

Semoga Allah swt memberkati

untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^, - daie_soleh & hanifmarwa -

Wednesday, September 3, 2025

A bystander




No bystander is truly innocent. 
The silence of a bystander,
can be just as cruel as the violence of the perpetrator. 
It is not different from taking the perpetrator's side. 

They say we are not only responsible for our actions, 
by also for our inaction. 

untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^, - daie_soleh & hanifmarwa -

Friday, August 29, 2025

Terlambatkah kita?




Saidatina Khadijah itu, mendapat jodoh terbaik di usianya 40 tahun. 

Saidatina Fatimah diuji kesempitan ekonomi. 

Saidatina Fatima ditinggal di padang tandus. 

Saidatina Aisyah tidak diberi keturunan. 

Saidatina Maryam tidak memiliki pasangan. 

Mereka adalah wanita-wanita mulia yang takdirnya nampak tidak biasa. Namun, mereka adalah pemimpin syurga dari kalangan wanita. 

Pada neraca pertimbangan kita, yang "terlambat" itu boleh jadi yang paling dekat dengan "rahmat". Yang kita kira "kurang tepat" boleh jadi sebahagian dari "takdir paling hebat". Dikala kita merasakan rancangan terbaik kita itu tidak berlaku, kita menjadi jatuh terduduk, malah lemah dan berputus asa. Sedangkan, ia telah diganti dengan rancangan Allah swt yang lebih berkuasa dan mengetahui. Yang mempunyai perancangan yang lebih hebat dan rahmah. 

Tiada satu hidup pun yang tertukar. Tiada satu nasib pun yang terkeliru. Selama kita yakin dan berserah pada Yang Maha Tahu, bilakah, "Waktu yang terbaik untuk kita".

Maka, apa yang kita khawatirkan? Sedangkan, 
 وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍۢ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍۢ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍۢ مُّبِينٍۢ

 Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lawḥ Maḥfūẓ).
Surah Al An'am 59

Maka, di kala dirimu dilanda ujian yang sulit untuk diceritakan, berat untuk diterima, dan malah dikatakan "terlambat", ingatlah, di hujung ayat 2, Surah At Talaq, Allah mengatakan "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar". Kemudian Allah sambung lagi, di ayat ke 3, "Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya, Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". 

Maka, teruskanlah berjalan, teruskanlah kebergantungan kepada Allah, teruskanlah menjadikan diri lebih dekat kepada yang pemilik semua rancangan. Kerana kita hanyalah hamba yang mampu untuk berusaha menjadi salah seorang ahli syurga. 

untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^, - daie_soleh & hanifmarwa -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...