Wednesday, November 9, 2011

Kambing Coklat Mega Super





Ada sebuah cerita yang cukup menarik mengenai kambing qurban yang mudah-mudahan dapat meningkatkan semangat bekorban kita pada tahun ini. Mari kita mendengar ceritanya:

Ku hentikan kereta di hujung kandang, tempat haiwan-haiwan qurban dijual. Saat pintu kereta aku dibuka, bau yang tidak enak memenuhi rongga hidungku, dan dengan spontan, aku menutupnya dengan sapu tangan. Suasana di tempat itu, sangat ramai, dan dari para penjual terlihat mereka-mereka yang hanya berkain pelekat, sehingga ibu-ibu yang bertudung seperti baru habis majlis ilmu, tidak terkecuali juga anak-anak yang ikut menemani orang tuanya melihat haiwan yang akan diqurbankan pada Aidul Adha nanti. Ini merupakan sebuah pembelajaran yang cukup baik bagi anak-anak dalam menjiwai pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail.

Aku masuk ke dalam kerumunan orang-orang yang sedang asyik bermuamalah memilih haiwan yang akan disembelih di saat Qurban nnati. Mata ku tertuju kepada seekor kambing coklat, yang bertanduk panjang dan saiz badannya lebih besar dari kambing-kambing di sekitarnya.

"Berapa harga kabing itu bang?" ujarku menunjuk pada kambing coklat tersebut.

"Yang coklat itu yang terbesar bang. Kambing Mega Super dua juta rupiah, tidak kurang" kata si pedagang sambil mempromosikan kammbingnya, dan tetap melaiyani calon pembeli yang lain.

"Tak boleh murah lagi ke bang?" kataku, cuba membuat rundingan/tawaran.

"Tidak kurang, tidak lebih. Sekarang harga barang-barang serba mahal", kata si pedagang,bertahan.

"Satu juta lima ratus ribu ya?", aku melakukan penawaran pertama.

"Maaf bang, terlalu murah", ujarnya selamba.

Aku berkira-kira, apakah akan terus melakukan penawaran terendah dengan harapan si pedagang akan beruban pendiriannya dengan menurunkan harga.

"Ok bang, bagaimana kalau satu juta tujuh ratus lima puluh ribu?" kataku.

"Masih terlalu murah pak", ujarnya, tetap juga dengan pendiriannya.

"Yang sedang mahalkan harga minyak bang. Kenapa kambing juga ikut naik?", ujarku berdalih mencuba melakukan penawaran termurah.

"Memanglah bang, walaupun kambing tak minum minya, tapi dia tidak mampu datang ke sini sendiri. Masih perlu untuk diangkut dengan lori bang. dan Lori bahan bakarnya bukan rumput." terang si pedagang panjang lebar.

Dalam hati aku berkata: "tegar juga pedagang satu ini. Tidak menawarkan harga selain yang sudah dikemukakannya dari awal tadi".
Pandangan aku beralik ke kambing yang lain yang lebih kecil dari si coklat tadi. Kalau harga yang lainnya cuma beza 500 ribu rupiah, bagus juga. Kebetulan selepas ke tempat penjual kambing ini, aku ingin ke bengkel kereta. Untuk mengganti tayar belakang yang sudah semakin nipis bunganya. Dengan duit lebihan membeli kambing ini, boleh juga aku gunakan untuk menambah duit yang akan dibayar bila mengganti tayar nanti. Harga tayar pun sudah mahal sekarang.

"Kalau yang belang hitam putih itu, berapa bang?" kataku kemudian.

"Kalau yang itu, Super biasa. Seekor satu juta tujuh ratus lima puluh ribu rupiah", katanya.

Belum sempat aku menawar, di sebelahku berdiri seorang atuk yang menanyakan harga kambing coklat Mega Super tadi. Meskipun pakaian yang dia pakai sudah lusuh, tetapi, wajahnya masik kelihatan segar.

"Gagah sungguh kambing tu. Berapa harganya cik?" katanya kagum.

"Dua juta tidak kurang tidak lebih tok", kata si pedagang setengah malas menjawab setelah melihat penampilan atuk ini.

"Mahal sungguh harganya", kata atuk tadi. "Boleh ditawar kan?", lanjutnya, juga mencuba untuk menawar.

"Cari kambing yang lain sajalah tuk", si pedagang terlihat semakin malas untuk melayan.

"Owh tidak encik. Saya inginkan qurban yang terbaik tahun ini. Duitku insyAllah cukup untuk membayarnya." katanya, tetap bersemangat dan seraya mengeluarkan sebuah bungkusan dari saku seluarnya. Bungkusan dari kain perca yang juga sudah lusuh itu dibukanya. Enam belas lembar wang seratus ribuan dan sembilan lembar wang lima puluh ribuan dikeluarkan dari dalamnya.

"Ini dua juta rupiah cik. Kambingnya dihantar ke rumah kan cik?", jawabnya mantap tetapi tetap juga bersahaja.

Si pedagang kambing terkejut, dan tidak terkecuali juga aku yang memperhatikannya sejak tadi. Dengan wajah masih ragu tidak percaya, si pedagang meneruma wang yang diberikan si atuk tadi, dan kemudian dihitungnya perlahan selembar demi selembar wang tersebut.

"Tuk, duitnya lebih lima puluh ribu rupiah", si pedangang menghulurkan selembar lima puluh ribuan kepada atuk tadi.

"Eh, kos penghantarannya tiada ya?", si atuk seakan-akan sudah tahu wang yang diberikannya itu sememangnya lebih.

"Dua juta sudah termasuk kos kiriman", si pedagang yang cukup jujur memberikan lima puluh ribu ke atuk tadi. "Mahu dihantar ke mana pak cik?" (tiba-tiba panggilan atuk berubah menjadi pak cik)

"Alhamdulillah, lebih lima puluh ribu ini, boleh ditabung lagi" kata si atuk sambil menerimanya. "Tolong hantar ke desa dekat itu ya. Sesampainya di belakang Masjid Baiturrahman, tanya saja rumahnya Pak Cik Sutrimo yang sudah pencen dari pegawai Pemda Pasir Mukti. InsyAllah, anak-anak di sana sudah kenal"

Setelah selesai bermuamalah, dan membayar apa yang telah disepakatinya, si atuk berjalan ke arah sebuah basikal tua yang disandarkan pada sebatang pohon pisang, tidak jauh dari kereta milikku. Perlahan ia diangkat dari sandaran, kemudian dengan kuat dikayuhnya dengan semangat. Entah persaan apa lagi yang dapat kurasakan saat iut, semuanya berbalik ke arah berlawanan dalam pandanganku. Atuk tua yang sudah pencen dari pegawai Pemda yang hanya berkenderaan sebuah basikal buruk, sanggum membeli haiwan qurban yang terbaik untuk dirinya. Aku tidak tahu berapa jumlah wang pencen yang diterimanya setiap bulan. Tetapi, yang aku tahu, di sekitar masjid Baiturrohman, tidak ada rumah yang berdiri dengan mewah. Rata-rata penduduk sekitar desa Pasir Mukti hanya petani dan para pegawai pencen yang bertahap rendah.

Yang pasti secara harta, sangatlah jauh jika dibandingkan dengan apa yang aku bisa peroleh. Yang dengannya, aku mampu membeli rumah di kawasan yang cukup mewah. Yang mampu membeli kenderaan roda empat yang harga tayarnya cukup membeli kambing Mega Super, yang mampu mempunyai hobi menunggang kereta besar dan memilikinya. Yang mampu mengumpul "raket-raket" yang hanya digunakan untuk bersukan sebanyak seminggu sekali. Yang mampu membeli haiwan Qurban dua ekor lembu sekaligus. Tapi apa yang aku fikirkan? Aku hanya ingin membeli haiwan Qurban yang jauh di bawah kemampuanku, yang harganya tidak lebih dari servis rutin keretaku. Kenderaanku di dunia fana.

Sementara untuk kenderaanku di akhirat kelak, aku berfikir seribu kali saat membelinya. Ya Allah, Engkau Maha Membolak-balikkan hati manusia. Balikkan hati hambaMu yang tidak pernah bersyukur ini ke arah orang yang sentiasa mensyukuri nikmatMu.

di-edit & di-translate dari: www.griyamelati.net dan darulquran.sch.id




untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^,
 - daie_soleh & hanifmarwa -

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...