Wednesday, December 28, 2011

6 years ago =.="

Bismillahirrahmanirrahim,
walhamdulillah,
wa astaghfirullah,

sebenarnya, blog ini bukanlah yang pertama pernah dicipta. Malahan, ini mungkin blog yang ke-3, selepas beberapa ups and downs, dan trial and error dalam blog-blog yang sebelum ini. Blog-blog yang lama, masih lagi wujud, tetapi ia hanyalah sebagai kenangan~ ^.^, Ketika melihat kembali entri-entri di blog lama, I came across this post, which I would like to share with all readers. May Allah swt always guide us all in His path, insyAllah.

This entry was written on 22nd November 2006 - 6 years ago =.="

Selepas seminggu tidak menjejakkan kaki ke sekolah, rindu juga. Suasananya yang riuh rendah, kerenah rakan-rakan, sahabat, junior dan senior termasuk juga Muallim dan Muallimah. Tidak ku sangka bahawa sekolah, ini dapat memberi seribu satu impak di dalam hidup ku.

Sekarang sudah tepat pukul 11.20 malam, hari rabu. Sebenarnya tangan ini tidak sabar untuk menulis di kerana baru saja membaca satu buku yang di tulis oleh Hisyam Soqr. Sudah masuk bab ke 4, dan bab ini telah memberi satu "tamparan" buat ku, dan dengan izin Allah, ku sedar akan kelemahan diri ini. Ini yang ingin dikongsi:

"Penuntut ilmu juga semestinya Iklas dan berniat baik dalam menuntut ilmu. Kalau tidak, segala usahanya tidak bermakna bagaikan debu yang berterbangan. Imam Ghazali telah berkata ketika menasihati anak muridnya; "Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengulangkaji ilmu dan membaca buku. Kamu menghalang dirimu daripada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kemu bertindak demikian? Sekiranya untuk tujuan duniawi, mencari saki bakinya, mendapatkan habuan dunia dan berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu. Sekiranya kerana kamu bertujuan untuk menghidupkan syariat Nabi (s.a.w), memperelokkan akhlak kamu, mendidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntunglah kamu. Benarlah penyair berkata;

Mata yang berjaga kerana selain daripadaMu adalah sia-sia,

Tangisan mereka bukan kerana kehilanganmu tidak bermakna.

[late nite study? why?! For whom?]

Dari sini ku mengimbas kembali apakah niat sebenar ketika belajar siang malam sehinggakan kadang kala hanya sempat tidur selama satu jam sahaja dalam sehari. Adakah di sebabkan duniawi dan ingin mencari kebanggaan daripada kawan-kawan?, ataupun diri ini menghidupkan syariat nabi, memperelokkan akhlak dan mendidik nafsu ?? MasyAllah..hanya Allah swt sahaja yang tahu apa perasaan ini sewaktu membaca perenggan ini.

Ya muqallibal qulb,  thabbit qalbi a'la deenik thoatik..


untuk kebaikan, harus Ikhlas dan nekad ^.^,
 - daie_soleh & hanifmarwa -

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...