Tuesday, June 16, 2009

positive or negative??


...bismillahirrahmanirrahim...

"Tuhan kami, janganlah jadikan kami (sasaran) goodaan bagi orang yang tidak beriman. Dan ampunilah kami Tuhan!. Sungguh, Kaulah Yang Maha Perkasa, Yang Maha Bijaksana" (Al-Mumtahanah:5)

Sikap berprasangka negatif kepada orang lain menyebabkan kita menjadi seorang yang lebih 'defensive', malah beranggapan bahawa semua orang adalah musuh dan sangat merbahaya.

Cuba bayangkan anda sedang meunggu kawan anda untuk mengambil anda di stesen bas. Kemudian secara tiba-tiba seorang lelaki menyapa anda. Keterampilannya sangat selekeh dan kotor. Rambutnya panjang dan tidak terurus, seperti sudah berkurun tidak disikat. Apa perasaan anda ketika itu? Takut? Jijik? Menggerunkan?
Rupa-rupanya, dia ingin menanyakan tentang tempat solat yang berhampiran.

Perasaan-perasaan tadilah yang dikategorikan sebagai prasangka negatif. Perasaan ini kerap kali membelengguhati dan pemikiran kita. Selagi sikap ini masih lagi bertahta di dalam hati kita, selagi itulah hati kita tidak merdeka.

Sesungguhnya, suara hati orang yang merdeka adalah berbeza sekali...MENGAPA??

ini adalah kerana, suara hati dan pemikiran mereka adalah lebih positif dan terbuka, namun masih lagi di tahap yang boleh dilindungi. Kemerdekaan inilah yang menjadikan seseorang itu berupaya untuk memberikan respond yang lebih positif walaupun mereka berada di saat yang susah atau keadaan yang buruk.

SubhanAllah...SubhanAllah...subhanAllah...Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...AllahuAkbar...AllahuAkbar..AllahuAkbar...

p/s hindarilah hati dan pemikiran kita dari virus prasangka buruk terhadap orang lain, dan berusahalah untuk menggantikannya dengan prasangka yang baik.
~~EVERYBODY DESERVE A CHANCE, WHILE THEY CAN~~

Friday, June 12, 2009

~Dia TelaH PerGi~

~Bismillahirrahmanirahim~

Alhamdulillah, kesedaranku kembali lagi...
ingin menitiskan air mata. Bukan kerana sedih atau pilu terhadap pemergiannya, namun gembira kerana masih lagi diberi peluang untukku kembali sedar akan realiti kehidupan seorang hamba.

Amalan kita.

Itulah yang akan dibawa kekubur nanti dan seterusnya dihadapkan dihadapan Allah swt di akhirat kelak. Adakah cukup? Owh..tidak~ Masuh banyak lagi yang perlu dilakukan. Masuh banyak lagi yang perlu aku usahakan demi mencapai kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Dia pergi dalam keadaan yang mudah, dan tenang. Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, alfatihah dan al ikhlas. Cukup sempurna bacaannya...cukup sedia untuk bertemu dengan kekasih abadinya~ masyAllah...

Bagaimana pula keadaan ku nanti? Keluargaku? Ibu bapa ku?

Mati itu pasti.

Tidak kira bagaimana jauh kita lari pun, kita tetap akan bertemu dengan mati. Sesungguhnya, SETIAP YANG HIDUP ITU PASTI AKAN MENEMUI MATI...

wallahu 'alam~
alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Wednesday, June 10, 2009

sambungan~

Setiap manusia tidak mengetahui bila saat kematiannya akan tiba. Disinilah manusia dikatakan cerdik. Yakni, mereka yang selalu mengingati mati dan sentiasa berusaha untuk memperhebatkan amalannya kerana Allah swt. Adalah sangat rugi dan bodoh seseorang itu jika mengingati mati, namun masih lagi alpa dan tidah terus berusaha untuk memperbaharui amalannya...nauzubillah...perkara yang sama ditujukan pada yang menulis juga~
.
Pelikkan? Namun, inilah realiti hidup. Ia telah tercatat dalam Al-Quran dan tiada lagi keraguan di dalamnya. Cara dan masa kita mati mungkin berbeza dan mungkin juga dengan cara yang kita tidak sangka-sangka.

.
1.Mungkin sedang bermain bola, kena tackle, dan kamu jatuh. Kepala terpusing 360 darjah. Kamu mati.

2. Mungkin kamu sedang shopping. Nak ambil jar peanut butter, tapi semua jar kaca jatuh atas kamu. Serpihan kaca menerobos masuk dalam kepala kamu. Kamu mati.

3. Mungkin kamu dalam bilik air. Sedang shampoo. kamu basuh rambut dan tutup mata sebab pedih buih shampoo masuk mata. Kaki kamu terpijak sabun buku dan kamu tergelincir jatuh, kepala menghimpap lantai. Kamu kehilangan banyak darah. Kamu mati.

4. Mungkin kamu sedang membawa kereta dengan tenang. Tetapi tanpa kamu sedar ada landslide di hadapan. Pemandu lain panik dan hilang pertimbangan dan membawa kereta mcm bangang dan melanggar kamu tanpa belas kasihan demi menyelamatkan nyawa mereka. Kamu tersepit dibawah tayar bas mungkin. Kamu mati.

5. Mungkin kamu sedang bekerja di sebuah syarikat di dalam sebuah bangunan tinggi. Bangunan itu runtuh, dan kamu turut hancur bersama batu-batu yang membina bangunan itu. Kamu mati.

6. Mungkin kamu sedang belajar di dalam kelas. Budak diblakang kamu memanggil kamu tapi kamu tak dengar. Lalu budak itu menarik tudung kamu. Pin tudung dileher kamu terbuka dan mencucuk leher kamu dalam. Urat-urat leher putus. Kamu mati.

7. Mungkin kamu sedang berenang dipantai. Kamu asyik sampai masuk ketengah laut. Bila kamu mahu berenang ketepian, kamu sudah terlalu letih dan akhirnya badan kamu sudah tiada daya. Kamu hanyut ke dalam, menghirup air. Lemas. Kamu mati.

8. Mungkin kamu sedang memasak. Silap gaya kamu minyak panas tercurah atas kamu. Kulit kamu binasa. Kamu tak dapat menerimanya. Lalu kamu bunuh diri. Kamu mati.

9. Mungkin kamu sedang tenang membaca post ini. Lalu Allah menarik nyawa kamu.

half creadit to kak isya
Mati itu pasti.

wallahu 'alam~

Mati itu Pasti~

~Bismillahirrahmanirrahim~

Kenapa mula dengan mati? Gila ek?
.
Nope. Bukan gila. Namun, kesedaran pada mati adalah titik permulaan untuk kita mulakan langkah untuk hidup. Percaya? Dan dengan mengingati kematian, akan mendorong kita untuk melakukan amal soleh~
.
Mati itu pasti. Mengapa? Kerana setiap manusia akan merasai mati, sama ada kita menginginkannya atau tidak. Telah tercatat di dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 185:
.
"Setiap yang bernyawa itu, pasti akan merasai mati"
.
.
Namun, tujuan mengingati mati itu bukanlah untuk menghancurkan kebahagiaan kita di dunia. Tidak...Allah swt itu maha adil~
Islam sangat menggalakkan manusia untuk mengingati mati supaya ia menjadi satu pendorong untuk mengaktifkan lagi amal soleh dan kebaikan. Untuk Apa?
Tidakkah kita sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita yang sementara. Tempat persinggahan yang memberi ruang dan masa yang cukup untuk kita beramal soleh dan menambah saham pahala kita? Sedangkan akhirat itulah yang sebenarnya matlamat hakiki?
.
Rasulullah saw ada bersabda:
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk
bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi ridha Tuhannya. Dan celakalah
hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari
(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperolehi ridha
Tuhannya”(HR. al-Hakim).
.
Dunia ini ibarat sawah ladang untuk bekalan kita di akhirat. Setiap dari kita akan menuai amalan masing-masing dan hanya hasil yang banyak sahaja yang layak untuk memasuki syurga. Adil bukan?
.
Oleh kerana itu, hanya orang-orang yang cerdik pandai sahaja yang akan merancang kehidupannya di dunia supaya ia berupaya untuk berjaya di akhirat. Bagaimana?
Sekali lagi Rasulullah saw bersabda:
“ Orang yang sempurna akalnya (yakni yang cerdik dan pintar) ialah orang
yang suka memeriksa (mengoreksi) dirinya sendiri di samping banyak beramal
sebagai bekalan untuk menghadapi selepas matinya. Adapun orang yang lemah
(yakni yang bodoh) pula ialah orang yang selalu mengikut runtunan hawa nafsunya
dan ia berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal”).
(HR. Al-
Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah).
.
to be continued~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...