Sunday, July 31, 2011

with capital I



ramadhan mubarak!

alhamdulillah, Allah swt masih lagi memberi peluang untuk kita bertemu dengan tetamu yang kita nanti-nantikan. Persiapan yang selama ini dilakukan (erk.. ade ke? hehe...insyAllah ade) dibuat khas untuk tetamu istemewa ini (cheewah..hehe). Yup, inilah bulan yang dinanti-nantikan, sejak sekian lama, kerana ia merupakan bulan yang membawa berguni-guni pahala yang kita bisa peroleh sebagai pertukaran untuk amalan-amalan kita yang dilakukan ikhlas kerana Allah swt =). Yang penting, mesti IKHLAS! HWaiting! Gambate! mesti IKHLAS! Yup, kerana dengan Ikhlas, akan datanglah istiqamah.

Sebelum puasa, ade dengar IKIM.fm. Di situ seorang ustaz ade mengatakan, amalan kita ini, seperti exercise. Kalau kita berada di padang, dan akan berlumba lari, mesti kita mesti melakukan warm-up dahulu. Kalau tidak, sudah pasti kita akan kejang di tengah-tengah perlarian, dan akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat! dan membawa keburukan yang bermacam-macam lagi selepas itu. Begitulah juga amalan kita. Sekiranya kita tidak membuat persiapan sebelum ramadhan / tidak warm-up dahulu, pasti kita akan kejang di pertengahan jalan. Pasti kita tidak mampu untuk meneruskan amalan kita dengan baik, malahan ada juga yag tersungkur di tengah bulan. Namun, ini tidak bermakna ia akan mematahkan semangat kita untuk terus beramal di bulan yang mulia ini, disebabkan tiada persiapan/warm-up pada sebelumnya. Tetapi, kita berusaha untuk sentiasa memperbaharui amalan kita dan sentiasa istiqamah. Seperti kita berjalan kaki... slow and steady... kalau boleh fast and steady pun boleh juga, asalkan istiqamah =). Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiyyah. Bulan yang mendididik hati, jiwa, mental dan fizikal kita, untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan istiqamah. Amalan yang kita lakukan pada bulan ini, akan berterusan untuk 11 bulan yang akan datang. InsyAllah, pasti boleh! =) HWaiting! Gambate! (hehe)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya) serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),.." (Surah Fussilat: 6)

Selamat beramal semua! dan Selamat beristiqamah =)!

p/s sy akan berusaha untuk beristiqamah meng-update blog ini... sekurang2nya, sebulan sekali =), insyAllah... doakan sy =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...