Monday, September 6, 2010

Got brain, but not thinking?

source: SOLUSI

Latar belakang turunnya ayat 191 surah Al-Imran sebenarnya sangan menggetarkan hati. Mari kita lihat peristiwa yang menjadi asbab al-nuzul (sebab turun ayat) ayat tersebut, yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin:

Seorang sahabat Rasulullah saw 'Atha' bercerita:
"Pada suatu hari aku dan Ubaid bin Umair pergi menziarahi Aisyah r.h.a dan beliau berbicara dengan kami di sebalik tirai pembatas.
Ujar beliau: 'Hai Ubaid, kenapa anda tidak datang-datang mengunjungi kami? Ada apa dan mengapa?'
Jawabku: 'Disebabkan satu sabda Rasulullah saw (yang bermaksud):"Kunjungan yang jarang-jarang akan menambah sayang"'
Ubaid lalu memohon: 'Sudilah ibu memberitahukan hal yang paling ajaib yang ibu lihat tentang Rasulullah saw!'

Mendengar itu, Aisyah pun berlinangan air mata, dan ujar beliau:
'Semua hal ehwal Baginda Rasullah saw adalah ajaib. Suatu malam ketika giliran di rumahku, Baginda pun mendatangiku lalu bersentuhan kilit Baginda dengan kulitku. Lalu baginda bersabda yang bermaksud:"Biarkanlah daku beribadah kepada Allah swt." lalu Baginda berdiri dan menuju tempat wuduk dan berwuduk. Kamudian Baginda solat seraya menangis tersedu-sedu hingga membasahi janggut Baginda. Keudian Baginda bersujud dan menangis sehingga air mata membasahi lantai'

Seterusnya Baginda tidur secara duduk sehingga datang Bilal mengalunkan azan Subuh. Kemudian Bilal bertanya:
"Ya Rasulullah , kenapa dikau menangis? Padahal Allah telah mengampuni segala dosamu yang telah berlalu mahupun dosa yang akan datang?"

Jawab Baginda:
"Wahai Bilal, masakan daku tidak menangis sedangkan pada malam tadi Allah swt menurunkan ayat ini: 'Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang ada pelbagai tanda untuk orang yang berfikir.'"

Seterusnya Baginda memberi peringatan:
'Sungguh celaka orang yang membaca ayat ini, tetapi tidak berfikir merenungkan mesejnya'" (Tafsir al-Azim, Ibn Kathir)



Maka lihatlah betapa Rasulullah saw mengingatkan akan 'kecelakaan' bagi orang yang tidak melihat alam dengan pandangan mata hati. Dan kecelakaan itulah yang telah menimpa manusia hari ini.

Kini, manisia sedang menderita kerana tidak belajar dari alam - melihat alam menerusi pandangan mata hati. Umat Islam tidak bersatu, berkrisis sesama sendiri, dan dilanda pelbagai penyakit sosial. Malah umat Islam terlalu ketinggalan dalan bidang sains, teknologi, ekonomi, ketenteraan dll.

Maka marilah kita membuka mata, minda dan hati... lihatlah alam, langit, bumi, matahari, bulan, hijan, bintang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga diri sendiri untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Berfikir tentang keunikan, keteraturan, ketelitian, kejituan, kelestarian dan segala yang 'sempurna' tentang makhluk akan menyebabkan hati kita mampu 'melihat' Khaliq (pencipta). Ketika itulah hati akan berbisik:

Alam ini Indah, namun, Penciptanya jauh lebih indah. Alam ini sempurna, Alah swt tentu lebih sempurna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...