Tuesday, January 26, 2010

Gempak Study kerana Allah :)

"Penuntut ilmu juga semestinya IKHLAS dan BERNIAT BAIK dalam menuntut ilmu. Jika tidak, segala usahanya tidak bermakna bagaikan debu yang berterbangan"

Imam Ghazali telah berkata ketika menasihati anak muridnya:
"Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengulang kaji ilmu dan membaca buku? Kamu menghalang dirimu daripada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kamu bertindak demikian.

Sekiranya untuk bertujuan duniawi, mencari saki bakinya, mendapat habuan dunia, dan berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu.

Sekiranya kamu bertujuan untuk menghidupkan syariat Nabi (s.a.w), memperelokkan akhlak kamu, medidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntunglang kamu"

petikan dari buku Hisyam Saqr


Memandangkan minggu ini merupakan minggu bermulanya semester yang baru, tidakkah ideal jika memulakan amalan menuntut ilmu kita, supaya kita dikategorikan sebagai orang-orang yang beruntung?

InsyAllah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...